Wednesday, June 30, 2010

Akhirnya data peribadi kita dipertahankan

KAT malaysia ni pelik sikit, ada syarikat swasta pulak yang menyimpan data peribadi seseorang, data peribadi seseorang digunakan oleh THE COMPANY contoh terdekat seperti Bank kononnya untuk menyiasat latar belakang seseorang, apa hak Syarikat seperti CTOS tuu, menyimpan data peribadi kita ni..gila punya prosedur .Aku tertanya-tanya siapakah ahli THE COMPANY yang melindungi syarikat seperti ini sebelum ni, keuntungan berpuluh juta, kemudian senang-senang jer nak Blacklist orang, ada satu lagi yang aku prihatin berkenaan samseng-samseng penarik kereta menggunakan laptop dan menembak(scan) no kereta..untuk mengetahu status kereta. DIsini apa-apa undang yang diguna pakai yang membolehkan seseorang memcerobohi maklumat yang dianggap sulit..Aku sarankan kalau engkorang berjumpa dengan samseng atau aku gelar penyamun berlesen ni, gunakan undang-undang yang ada untuk mempertahankan diri, atau susah2 belasah jer mereka ni. Disini aku petik2 kata Menteri Komunikasi dan Kebudayaan..... Rais berkata kedudukan syarikat-syarikat lain termasuk Credit Tips Off Sdn Bhd (CTOS) yang selama ini menggunakan data peribadi seseorang kini terletak di bawah bidang akta baru itu.

“Justifikasinya perlu dipohon kepada suruhanjaya tersebut, mereka tidak boleh lagi bergerak seperti biasa lantaran undang-undang ini akan mengenakan beberapa syarat dan sebelum syarat ini dipenuhi maka syarikat sepertinya tidak boleh beroperasi seperti sedia kala,” katanya.

No comments: