Monday, December 13, 2010

Mana best Kenduri gotong-royong atau katering?

Zaman pun berubah, suasana kenduri pun turut berubah. Sekarang ni kalau nk makan kenduri secara gotong-royong dh jarang berlaku, hampir semua kenduri kawen skrg samada di kg atau di taman2 dah buat pakai khidmat katering. Bila pakai katering ni suasana pun mnjadi tawar, tiada lagi drama tiada lagi airmata. Almaklum smua dtg hanya utk makan kenduri shj lepas tuu terus balik. Tiada lagi kemeriahan seperti kenduri pak saudara aku...atau abg2 aku.. Disini aku ceritakan sedikt lebih kurang bagaimana kenduri gotong royong bermula. Persiapannya mungkin makan masa berbulan. Selepas pertunangan kedua pihak lelaki dan pompuan pun menetapkanlah hari pernikahan dan kenduri..selalunye kenduri belah perempuan laa hebat, pihak lelaki alaa kadar pun tk kisah..hehe. Selalunye kenduri ni buat lepas lepas raya atau musim cuti sekolah laa...mcm bulan ni la..(mslhnye mcm bln ni tkt hujan la kalau nasib tk baek).. Bila tarikh dh hampir sebulan tuu, tuan rumah pun buat laa masyuarat. Tetapi sebelum tuu dh habis beribu dh nak besarkan rumah, nak cat, nk betulkan mcm2 laa....byk pakai duit lorrr. Semasa kunduri abg aku dulu, akulah yg ditugaskan mnjadi tukang memadah(invite) org kg, tapi untuk masyuarat ni shj.. ayatnye lebih kurang mcm ni laa 'salamkum pak long.....emmm ayah suruh dtg rumah..mlm ni lepas isyk ade kenduri..masyuarat abg nk kawen ......' Sebelum tuu mak dh pakat dgn kaum wanita nk buat nyor rendang(kerisik) ataupun pulut manis. Kenduri masyuarat pun tiba, lepas tahlil..doa...ada laa nasi lauk makan gulai ayam, ikan cabai taucu, ikan masin ulam jering.... Masyuarat ni penting kena serahkan tugas masing2, kalau tk betul2 dan lontarkan tanggujawab masing2 nati kelam kabut dan ada pulak yg merajuk..aku dh tgk semua ni. Semasa ni jugak hari apa nk pasang khemah, nk angkut kayu ke akn ditetapkan. Aku detailkan sikit tugas-tugas tuu....... kalau ada lembu ditumbangkan..akan dilantik seorang kepala daging..jadi dia lah kena adjust nk potong daging dan bahagikn dlm kawah. Lain2nye ialah Kepala masak, kepala hidang, ketua penanggah, ketua basuh pinggan, tukang buat air, runner..penyambut tetamu, ........byk lagi ni. Ada jugak tukang rembat rokok jenuh tuan rumah nk beli rokok.....tapi itulah kemeriahan kenduri kawen.Aku selalunyee kaver semua, akulah orang yg akan myelamatkan keadaan. Untuk pngetahuan semua kalau sesorg tuu tk begitu akrab dgn org kampung, sombong jgn laa buat mcm gotong royong memang kena ban laa.. Pertama sekali dgn budak2 kg ni...bila balik kg sembang dgn diaorg, lepak, belanja ke...nati depa nk tolong byk Oooooooo.

No comments: