
Aku sekarang ada dekat KL sentral KL, masa nak datang tadi terlajak pulak sebab jalan tengah premix....tempat nii memang dasyat sekarang ni, nanti kalau dah siap semua projek kat sini lagi laa cantik dan meriah.. sebuah projek dipinggir KL. Sekarang tengah rancak mcm2 bangunan dibina tak termasuk bangunan yang telah siap dibina macam Hotel Hilton, SSSM.. dlln. Tapi kita cuma mampu tengok sahaja laaa. Aku tengah tido mimpi cantik ponya tiba-tiba membe aku telepon jam 4 pagi mintak tolong bwk kereta nk ambik kakaknya dekat KTM..mujur laaa sebelum tuu dah lena sebentar, lepas mandi aku gegas ke mari..aku tengah dok depan niii teksi dah banyak, bas pun dah banyak, kete2 nak ambik orang hantar orang pun dah banyak. Sebenarnya aku bukak hp rupa-rupanya ada wifi free dari bangunan MRCB ni jadi aku coret laaa serba sedikit. Berbalik KL sentral pagi2 memaang laa ramai sebab semua stesen ada kat sini mcam airport pun ada..masa aku sampai tadi gelap lagi sekarang dah ramai lampu pun dah pasang...okey....depa dah sampai....aku gerak dulu