Monday, March 5, 2012

MAS perlu belajar daripada AirAsia

KUALA LUMPUR 4 Mac - Tun Dr. Mahathir Mohamad menyeru Malaysia Airline System Bhd. (MAS) untuk belajar daripada AirAsia mengenai langkah-langkah pengurangan kos serta struktur pengurusan bagi membolehkan syarikat penerbangan nasional itu kembali mencatat keuntungan.

"Inilah peluang terbaik untuk belajar dan melihat kenapa syarikat penerbangan nasional mengalami krisis kewangan yang teruk sedangkan syarikat penerbangan tambang murah meraih keuntungan yang tinggi, " kata bekas Perdana Menteri itu kepada Bernama.

Tambah Dr. Mahathir, pertukaran saham di antara Khazanah Nasional Bhd. dan pemegang saham utama AirAsia seharusnya mengikat kedua-dua syarikat tersebut.

Pada Ogos lalu, MAS dan AirAsia telah memeterai perjanjian kerjasama apabila pemegang kepentingan utama kedua-dua syarikat tersebut, Tune Air dan Khazanah Nasional melaksanakan pertukaran saham.

Ini menjadikan Tune Air memegang 20.5 peratus kepentingan ekuiti di dalam MAS, manakala Khazanah pula memiliki 10 peratus saham di dalam AirAsia selain pengasas bersama Tune Air, Tan Sri Tony Fernandes dan Datuk Kamarudin Meranun menyertai lembaga pengarah MAS.

''Kedua-dua syarikat penerbangan ini beroperasi dari negara yang sama jadi tidak ada sebab untuk MAS gagal. Mereka harus berganding bahu dengan AirAsia.

''AirAsia meraih keuntungan yang besar, mereka mampu mencipta keuntungan walaupun harga tambang mereka sangat rendah.

''Jadi, ada sesuatu yang MAS boleh belajar daripada AirAsia terutama dari segi pengurusan, pengurangan kos dan seterusnya mencipta keuntungan, " ujar beliau lagi.

MAS merekodkan kerugian bersih RM2.52 bilion bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2011, kerugian terbesar dalam sejarah penubuhannya di sebalik perolehan sebanyak RM13.9 bilion.

AirAsia pula merekodkan keuntungan bersih RM564.1 juta dengan perolehan sebanyak RM4.47 bilion.

Ketika ditanya sama ada Khazanah patut mengurangkan kepentingannya jika krisis MAS berterusan, Dr. Mahathir berkata: "Saya tidak mampu untuk menjawabnya." - BERNAMA

2 comments:

Azian Elias said...

salam kenal..

but Air Asia pun harus mempertingkatkan service depa. Kerana Air Asia lah terpaksa di reshedulekan trip i ke Kashmir..

hang nadim said...

azian-mintak maaf lama tk update blog ni, hari nii 2.5.2012 kjaan membatalkan gabuangan ini.Semua nii membazir btol