Tuesday, April 28, 2009

ahli UMNO GERIK kena cekup

Gerik : Empat orang Ahli Pemuda Umno Bahagian Grik telah ditangkap oleh polis Thailand di Betong kerana mengedar pil Ecstacy. Dua daripada mereka merupakan AJK Pemuda Umno Grik manakala dua lagi merupakan ahli biasa.Mereka ditangkap dipekan Betong, Thailand dan ditahan disebuah lokap polis dipekan tersebut.Ketua Umno Bahagian Grik, DS Tajol Rosli bersama dengan Ketua Penerangan Umno Bahagian telah pergi ke Balai Polis Betong untuk berusaha membebaskan pemuda-pemuda tersebut.Sejumlah wang diperlukan untuk membebaaskan pemuda-pemuda tersebut dan Tajol Rosli telah membayar sejumlah RM60,000.00 bagi mendapatkan pembebasan mereka.Menurut sumber-sumber dari mereka yang bertugas di IPD Gerik, kegiatan pemuda-pemuda Umno menyeludup pil Ecstacy dengan menggunakan van Umno bahagian telah lama dipantau, tetapi disebabkan kekebalan Umno dalam melanggar undang-undang menyebabkan tiada siapa yang berani mengambil tindakan.Maka dengan itu..polis Gerik telah bertindak untuk menyalurkan maklumat tersebut kepada rakan mereka di Thailand. (aku rasa betul kot aku ada tanya member aku semalam)

No comments: