Monday, June 15, 2009

Dari Gerik pergi Kelantan

Kalau nak beli ikan kelah kat org asli sini la port kt jeti tu.



thailand sebalik bukit tu (Dulu Laluan komunis)

Dari tanjungkasu ke Pekan gerik dan dari Gerik ke kelantan cuma mengambil masa 2 jam rasanya, sebab masa aku drive ke banding pun dalam lebih kurang 45minit. Lebuhraya Gerik-Jeli ataupun lebih dikenali sebagai Lebuhraya Timur-barat telah dibuka dalam tahun 1983 tidak silap aku. Lebuhraya ini dibina hampir 15 tahun untuk disiapkan, hingga kini dikatakan lebuhraya yang paling banyak dan tinggi untuk kos penyelenggaraan setiap tahun. Kemungkinan besar ini terjadi kerana Lebuhraya ini berada ditanah tinggi dan dibina di lereng bukit. Pada Hari perayaan atau cuti sekolah pasti ada kemalangan yang serius dan melibatkan kemalangan nyawa berlaku, aku nasihatkan pembaca yang baru pertama kali melalui lebuhraya ini mengambil berat dan berhati-hati memandu disini. Apabila melalui lebuhraya ni pasti melihat pemandangan yang menarik seolah-olah berada di sebuah daerah di switzerland, terutama sekali apabila melalui Tasik Banding. Di sini aku selitkan buktinya.

3 comments:

Anonymous said...

Bang boleh bagi tahu ada sign board tak? kalau saya nak beli kelah asli dari port ini. Saya ni dari K.L, tapi memang minat sama ikan Kelah.

Anonymous said...

Boleh bagi tahu name port jeti ini?

hang nadim said...

Ikan Kelah ada dijual oleh Orang asli dekat situ..ikut Lebuhraya timur barat Gerik-Jeli lepas tuu dalam 50km jumpa Banding(dekat Belum rainforest tuu la)lepas jambatan jumpa ada simpang ke Jeti sebelah kanan...tanya jer kat orang situ... Mahal ikan ni