Monday, June 15, 2009

Kenangan Terindah


Semasa aku bekerja dulu mula-mula aku pakai Motor jenis Honda Ex5, motor ni sebenarnya member aku ponya(pangkat abg la)sbb masa tu aku muda sangat. Aku angkat motor tuu pun bayar pelan-pelan kat dia lepas tu sambung bayar. Masa tu aku dok kat shah alam section 8 dekat dengan bukit cherakah tu, banyak kenangan kat Shah Alam aku pernah mengundi 2 kali kat sana lepas tu aku tukar ic alamat kampung balik dan mengundi kat kampung tanjung kasau. Aku masa tu kerja dekat damansara utama sebagai pelukis pelan, aku pun tak tau macammana boleh dapat kerja tu, tapi disebabkan aku masih baru kat situ kenkadang aku ditugaskan sebagai despach dengan menggunakan Ex5 aku tu lah. Walaubagainapun aku ni cepat belajar pada masa tu dept tempat aku kerja masih lagi menggunakan manual melukis pelan ni sedangkan dept sebelah(buat struktur) aku semua pakai komputer perisian autocad, tak salah Release 12 kot pakai Dos. Aku memang la bertekad mengubah nasib aku jadi setiap petang aku belajar la dengan OTai kat situ mcm Jeffri, Azhar, zen (selalu kena pow okok) sbb gaji pun ciput lagi masa tu(nak dpt ilmu bkn senang aku pekakkan telinga je). Aku ingat dalam masa 6 bulan aku lah paling power dalam Dept aku tu, memang aku khatam abis autocad tu sebab masa tu dept aku masa tu semua perempuan yg layak dipanggil kakak(JGN LA KERJA DGN POMPUAN KUAT MENGATA BELAKANG)dan diorang pun dengki la dan mula belajar autocad untuk menandingi aku, hehhee. Aku kerja kat sana mungkin dalam 5 tahun lebih dan banyak kenangan manis disana. EX5 itulah banyak berjasa pada aku, dalam 1/2 jam sampai la ke damansara ikut NKVE tu. Masa tu uptown baru dibina tak siap lagi, Dengan kegigihan aku bekerja waktu tu, aku dinaikkan gaji sampai 4 kali, zaman tu kerja macam aku memang tengah laku. Pada waktu-waktu akhir aku bekerja disitu aku telah kehilangan Moto EX5 kena curi belakang opis aku, sungguh kecewa aku. Waktu tu salah seorang member aku menyarankan aku pergi jumpa bapak dia seorang bomoh, lalu dia pun jampi la disuruhnya aku perah limau kat tempat moto hilang tu, aku buatlah tapi tak dapat pn moto aku tu. Semasa kegawatan ekonomi waktu itu aku telah diretrech dan berahirlah karierku sebagai pelukis pelan

1 comment:

tanjungkasau said...

dapat duit retrech beli keta