Friday, June 19, 2009

Dari Tanjungkasau Ke Damansara


Damansara ni dahulunya estet kebun getah seperti yang diceritakanlah, Kini ada macam-macam nama damansara kat sini mungkin strategi pemasaran kot. Pembaca mungkin pernah dengar Damansara Utama, Damansara jaya sebenarnya d.u dan d.j berjiran dengan jalan utama dan diapit oleh Damansara Kim yang bersempadan dengan Taman Tun. Kemudiaan muncul polak Damansara perdana bersebelahan dengan Mutiara Damansara, dekat mutiara damansara nilah yang ada The Curve dan Ikea, tesco dll bersebelahan polak dengan ONe Utama. One Utama ni polak bersebelahan dengan Damansara Utama diapit polak dengan satu perkampungan melayu iaitu Kampung Kayu Ara(ikut kiri dari tol D.J). Di tengah-tengah Bandar Utama dan Mutiara ada satu jalan namanya persiaran surian, jalan ni terus menuju ke Sunway Damansara sebelah kanannya dan terus ke Kota Damansara. Bila sampai ke hujung sekali akan ada satu jalan besar kalau belok ke kanan pergi ke sungai Buloh kalau kiri ke Kampung subang dan menuju ke Shah Alam. Kalau nak masuk damansara utama ni boleh masuk dari lebuhraya NKVE samada dari tol Damansara jaya atau tol Kota Damansara (Dari tol kota damansara ke kiri terus jumpa Mutiara Damansara). Damansara Damai berada hujung jauh sedikit ikut tol bukit lancan menuju ke Sungai Buloh atau dari Lebuhraya tol Sungai buloh. Tapi sebenarnya pembangunan Damansara bermula dari Pusat Bandar Damansara yang menjadi nadi pentadbiran satu ketika dahulu.

5 comments:

HJCHOT said...

SYOK BACA HAK MUNG TULIH...

hang nadim said...

salam sebenarnya memang saya berbakat dalam bidang ni pung :)

Mohamad Faizal Abdul Ralib said...

berbakat? gunakan bakat anda utk usaha sampai berjaya... sila baca blog Hj Chot utk tindakan susulan..

taipingmali said...

tuan blog, dulu masa saya mula-mula menempah apartment di d'sar perdana, pekan tu macam pekan hantu tak ada orang masa melawat show hse di sana. sekarang dan sesak dgn manusia. begitu juga Curve masa mula-mula buka rasanya akan tutup 3 bulan kemudian.Semuanya kerana MK. tanpa dia kawsan tu tak maju, tapi tu lah dia yang bersusah payah orang lain senang-senang buka lagang.

hang nadim said...

orang taiping kaya kaya...dulu aku penah dgr satu kes Anita Sarawak bawak geng dia 50 org beli kondo kt perdana, pastu anita dapat sebijik free...per