Saturday, June 27, 2009

Dulu-dulu Kg Tanjung Kasau pun ada Bendang


Sewaktu ketika dahulu kampung Tanjung Kasau ni pun ada bendang(sawah padi) aku rasa kali terakhir padi diusahakan di kg TgKasau pada masa tu dalam tahun sekitar 1984 atau 1985 kot jadi sesiapa yang lahir selepas tahun tu tak merasalah suasana bendang di waktu itu, itupun diusahakan oleh orang luar ditanah Cher Paklan (Nati aku tanya paklan namanya) yang kini menjadi tapak rumahnya. Tapi sebelum tu penepatan kampung tanjung kasau yang baru sekarang ni memang la bendang yang diusahakan oleh orang kampung, aku masih ingat lagi masa tu aruah tok Tayik yang ada kobotar tu(jentera memajak kecik). Masa tu ikan sepat ikan keli memang banyak(budak-budak baya aku cari ikan karing warna warni) sebab ada beberapa telaga lubuk ikan keli. Lepas tu dekat-dekat dangau(pondok) masa tu mesti ada pokok pelam telor. Burung wak-wak dengan burung sitar memang berkeliaran masa tu. Pada waktu itu bendang ditanjung kasau disaliri dari air sungai kenering dimana parit yang panjang dan dalam dibina,parit ini dibina dengat kederat orang kampung mengunakan cangkul dan kedang (aku belum lagi lahir bila parit ni digali).Kemudian sebuah empangan yang kecil dibina waktu itu berdekatan kebun tok belum agak jauh jugak bendang, dari sana air yang dialiri terus ke bendang orang kampung, hingga ke hari ini kesan dan tinggalan parit tersebut masih ada walaupun sudah tertimbus. Sebelum itu ada satu parit dari anak sungai yang dipanggil sungai Kasau mengaliri ke bendang( SG DEKAT UMAH PAKLONG MAT). Setelah beberapa lama, agak lama rasanya bendang ini terbiar dan tidak diusahakan. Kemudian apabila Kerajaan membina Jalan raya baru, sebahagian rumah penduduk terpaksa dirobohkan dan kerajaan membina jalan kampung baru merentasi kawasan bendang dan sebahagian penduduk berpindah ke tanah Bendang di mana terletaknya Kampung Tanjung Kasau baru sekarang ini.

2 comments:

Fina said...

ohh.. ok ok ;)

tanjungkasau said...

Jengok jengok la selalu