Tuesday, June 16, 2009

Sekolah Rendah Kebangsaan Kenayat


Sekolah kebangsaan kenayat ni nama sahaja Kenayat tapi terletak di kampung tanjung kasau, sebenar aku pun tak tau tarikh yang tepat bila sekolah ni didirikan. Semasa aku bersekolah disini Guru Besar ketika itu allahyarham cikgu Yusof sampai la abis darjah enam. Pada masa itu jugak ustaz mokhtaruddn mat kaya yang jugak bekas ahli parlimen Gerik menjadi ustaz disitu. Sebenarnya sekolah ni tak banyak berubah cuma ada tambahan bangunan untuk makmal komputer dan sebuah bangunan baru, dan kedudukan sekarang yang terletak di bawah jalan. Sebenarnya dulu separas jalan kemudian Jalan raya baru dibina sebab itulah sekarang berada dibawah polak. Hari tu aku ada bertanya pada seorang kakitangan sekolah itu zailaini atau Ya yang jugak orang Kampung Tanjung kasau, katanya murid sekolah ketika ini ada dalam 97 orang dan guru dan kakitangan sekolah seramai 15 orang. Katanya ada cadangan menbina bangunan baru tetapi disebabkan kedudukan tapak yang terhad mungkin tak menjadi kenyataan. Semasa zaman aku dulu ramai murid kat sini dan mungkin barisan pelapis dah kurang jadi budak pun dah kurang. Sekolah Kebangsaan Kenayat telah banyak berjasa dan melahirkan ramai Orang-orang yang tersohor dan salah seorang yang ramai orang tak tau ialah Lt. jen(B) Rashid Bodiozaman(bekas ketua staff perisikan) yang sempat bersekolah di sini ketika abangnya menjadi guru.

No comments: