Thursday, June 25, 2009

Kisah Tok Janggut Dari Kg Tanjung Rambai

Sebenarnya aku selalu dengar kisah Tok Janggut ni bila sembang dengan org lama-lama kat kampung aku. Tok Janggut ni kira Legend la yang memang handal waktu tu, disini aku kisahkan serba sedikit berkenaan tok janggut yang diedit semula, aku ambik dlm http://kencanasari-masmerah.blogspot.com/
Nama penuh Tok Janggut ialah Haji Abdul Raja @ Razak Bin Kasiman . Beliau berasal dari Kerinchi Indonesia iaitu dari Sungai Penuh dan isterinya pula Kerinchi Ambai , keduanya adalah Ibu dan Bapa kepada Haji Abd Aziz Bin Haji Abd Razak . Beliau berdagang ke Kampong Tanjong Rambai Grik Perak iaitu 6km sebelum Pekan Grik, kalau dari tanjungkasau lebih kurang kot, diakhir hayatnya ketika Tok Janggut meninggal dunia ialah 112 Tahun, jenazah beliau dikebumikan di Tanah Perkuboran Ampang ,Kuala Lumpur .
Semasa hayatnya dilantik sebagai ketua Kampong , ketika itu ramai perantauan dari Kerinchi Indonesia membuka tanah tanah baru dengan menanam Padi Huma atau Padi Ladang/Bukit dan selepas habis menuai baru ditanam pokok getah. Tok janggut juga terkenal dengan keberaniannya yang melawan komunis yang tiada tolok banding diantara perantaun Kerinchi dikala itu , ramai saudara maranya yang menetap/tinggal di Kampong Pasir dan Kampong Kemensah di Hulu Klang juga di Kampong Kerinchi di belakang Bangunan Angkasapuri sekarang ini. Tok janggut semasa semasa hayatnya berkahwin dengan Hajah Teh Amah Binti Daud dan dianugerahi anak seramai lapan orang tapi semuanya telah kembali ke Rahmatullah . Tok janggut amat tersohor di Ulu Perak dan hebat sebagai Bomoh yang mengubat penyakit dan juga menawar terkena Santau atau penyakit buatan orang. Tok Janggut hanya mengamal ayat ayat Quran dan beliau juga tidak memakan sebarang makanan terutama yang dibuat oleh bangsa asing yang bukan beragama Islam .Dibulan puasa pula tok janggut rajin berburu dan menahan jerat seperti pelandok dll . Di kisahkan pada tarikh keramat 13 MAY 1969(ketika rusuhan) Tok Janggut dijemput oleh Haji Othman yang isterinya bernama Hajah Halimah Mutahirin yang tinggal di Petaling Jaya, tujuannya untuk mandi minyak berbulan bulan lamanya iaitu di Balai Datok Harun, bersama Menteri Besar Selangor ketika itu disekitar Melaka, Kuala lumpur dan Selangor . Tok Janggut juga ada menerbit sebuah buku Amalan Tok Janggut yang diuruskan olih Ustaz Mohd Asri dan dicetak oleh Pustaka Muda Ipoh Perak .Mengikut cerita orang kampung Tanjung Kasau, salah sorang muridnya yang mewarisi kebolehan mandi minyak ni ialah Cher latif yang masih ada, kini terlantar di rumah dan ditemani isterinya Maklong. Aku pernah tengok masa cher Latif masih sihat dulu buat mandi minyak, nati kalau berkesempatan bolehla jengok cher.

3 comments:

brahim said...
This comment has been removed by a blog administrator.
khamsiah said...

NI ler datuk kita

Unknown said...

cher latif tgal di mna