Thursday, June 11, 2009

Langgar lembu Kampung Padang Jeri




Sebenarnya Padang Jeri sebelah Kampung tanjung kasau kejadian ni berlaku awal tahun hari tuu aku selitkan kembali peristiwa tersebut. Satu kemalangan telah berlaku lebih kurang pukul 12.15 minit malam di kawasan Lebuhraya Kuala Kangsar - Gerik. Simpang nak masuk Kampung padang Jeri ,4 orang remaja yang terlibat dalam kemalangan ini telah merempuh sekumpulan lembu yang berada di tengah jalan dan mengakibatkan kecederaan teruk kepada mereka. Pihak orang ramai yang pihak polis mengambil masa lebih kurang 45 minit untuk menjalankan operasi menyelamat dan mengawal trafik di kawasan tersebut.Seorang saksi Cik Norain Chew telah menyatakan bahawa kumpulan remaja tersebut di temuinya di kawasan hentian rehat Lawin dan kumpulan ini memintas kenderaannya 2 minit sebelum kejadian berlaku Sarjan Amad daripada Balai Polis Gerik adalah Pegawai Polis yang pertama sampai dan menguruskan kejadian di situ.Menurutnya kawasan ini memang kerap berlaku situasi sebegini kerana kelekaan orang kampung dalam menjaga haiwan peliharaan mereka. keempat-empat motor dan seekor lembu yang mati pada kejadian tersebut di bawa ke balai polis Gerik untuk siasatan lanjut. ( Aku jumpa artikel ni kredit untuk saudara farwis chaps.21.forumer.com/viewtopic.php?t=153

No comments: