Thursday, June 11, 2009

Buat malu kaum sahaja mamat ni


sumber http://www.agc.gov.my/agc/index.php

DI DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI TAIPING
RAYUAN JENAYAH PERAK BIL: 41-7-2007
SAMRI BIN MOHAMED
LAWAN
PENDAKWA RAYA

KORUM: Yang Arif Dato’ Dr. Haji Hassan bin Ab. Rahman
Timbalan Pendakwa Raya : Hamdan bin Hamzah
Peguambela : M Karunanthan


PERTUDUHAN

Bahawa kamu pada 17.09.2005, jam lebih kurang 9.15 pagi bertempat di Air Terjun Bt. 11, Jalan Raya Timur Barat Jeli ke Gerik Perak, di dalam daerah Hulu Perak di dalam Negeri Perak, telah menggunakan kekeresan jenayah ke atas seorang budak lelaki bernama: Mohamad Azizul bin Ibrahim SB No. J 953497 berumur 12 tahun dengan niat mencabul kehormatan lelaki itu, oleh yang demikian kamu telah melakukan kesalahan yang boleh dihukum di bawah seksyen 354 Kanun Keseksaan.

KEPUTUSAN MAHKAMAH :
Mahkamah membenarkan rayuan perayu. Perayu dilepas dan dibebaskan.
Fakta Kes

1. Pada 17.9.2005 Mohamad Azizul bin Ibrahim (mangsa) yang berumur 11 tahun 9 bulan telah keluar dari rumahnya di Batu 3 ¼, Jalan Kuala Rui, seawal jam 7.00 pagi dan pergi ke Pekan Gerik untuk membeli buku cerita dan bertemu kawannya bernama Roslan. Mangsa telah sampai di Pekan Gerik pada jam 7.30 pagi. Mangsa telah menunggu Roslan hingga jam 8.00 pagi tetapi Roslan tidak datang.
2. Semasa menunggu, Roslan telah bertemu dengan mangsa (perayu) mengajak mangsa makan. Mangsa mengikut perayu pergi makan selama lebih kurang ½ jam.
3. Selepas makan, perayu mengajak pergi ke Super Market untuk membeli cassette. Mangsa dan perayu berada di Super Market lebih kurang 5 minit tetapi perayu tidak beli cassette.
4. Setelah ke Super Market perayu dan mangsa telah pergi ke kedai buku. Di kedai buku mangsa telah membeli sebuah buku cerita dan perayu telah bayarkan walaupun tidak diminta oleh mangsa.
5. Seterusnya perayu dan mangsa telah bersiar-siar di Pekan Gerik lebih kurang ½ jam.
6. Setelah bersiar-siar di Pekan Gerik perayu telah mengajak mangsa untuk pergi berkelah dengan menaiki kereta perayu (yang mempunyai nombor pendaftaran AEY 9853).
7. Perayu telah membawa mangsa ke tempat berkelah (tempat kejadian) iaitu suatu air terjun yang jauhnya lebih kurang ½ jam perjalanan dari Pekan Gerik. Mangsa tidak pernah pergi ke tempat kejadian dan mangsa hanya tahu lokasi tempat kejadian ini setelah diterangkan oleh kakaknya.
8. Menurut perayu juga semasa sampai di tempat kejadian tiada orang di situ.
9. Di tempat kejadian, perayu telah mengajak mangsa mandi air terjun. Perayu telah menanggalkan baju dan seluarnya dan hanya memakai seluar dalam. Perayu telah meminta mangsa menanggalkan pakaiannya dan kata jangan menangis.
10. Mangsa mandi dan mendapati air pada paras pinggangnya. Semasa mandi tertuduh juga kata jangan menangis kepada mangsa. Perayu juga peluk mangsa dan kata jangan menangis. Seterusnya perayu telah pegang punggung mangsa dengan lembut.
11. Semasa di dalam air perayu juga telah cium pipi, cium dagu mangsa, peluk mangsa dan cuba raba kemaluan mangsa. Mangsa dan perayu berada di dalam air lebih kurang 10 minit.
12. Mangsa seterusnya telah naik ke atas darat dan memakai pakaian. Mangsa seterusnya telah melarikan diri dari kawasan air terjun dan bersembunyi di dalam rumput di tepi jalan.
13. Perayu kemudianya telah meninggalkan mangsa setelah dia tidak dapat mengesan mangsa. Setelah sejam menunggu, mangsa telah menumpang lori dan balik ke rumahnya di mana pemandu lori tersebut mengenali emak mangsa.
14. Mangsa telah menceritakan kejadian yang menimpanya kepada emak
dan kakaknya. Kemudian mangsa telah dibawa oleh emaknya untuk
membuat lapuran polis yang didaftarkan sebagai Bersia rpt. 268/2005

Bertarikh pada : 5 Mei. 2009


(HAMDAN BIN HAMZAH)
Timbalan Pendakwa Raya
Negeri Perak

No comments: