Monday, June 29, 2009

Makan Tomyam di Betong

Terowong di bandar Betong Selamat datang ke Gerik

Sebenarnya Gerik ni dekat sangat dengan Betong, Kalau nak pergi Ke Betong dengan cara pemanduan yang merbahaya mungkin dalam setengah jam sampai la kot, sekarang ni pintu sempadan thailand-malaysia ditutup dalam pukul 7.00 malam, tapi aku rasa kalau dipanjangkan waktu sampai pukul 12.00 malam mungkin lengang la pekan pekan yang bersempadan dengan Betong ni. Bagi yang mempunyai kad pengenalan Ulu Perak ni cuma buat border post sahaja(aku rasa 10hingit kot) dan kalau dari daerah lain kena la pakai Passport antarabangsa. Tapi aku rasa bole dipermudahkan kalau kenal dengan orang-orang dekat situ atau yang bekerja di situ. Dekat Betong ni macam-macam ada, jadi tak perlulah aku huraikan dengan terperinci apa yang ada di tempat yang bernama Betong ni, cukuplah aku kata dah ramai saudagar balak, kontraktor, orang dan pencen dll kecundang dengan godaan disini. Walaubaimanapun kat sini kalau nak makan masakan Thailang memang la sedap dan murah, masakannyer tak sama dengan kedai tomyam kat malaysia ni. Aku suka sangat asam pedas ikan puyu campur dengan umbut nyior perr meleleh dihidangkan bersama air tebu dalam botol.

3 comments:

en_me said...

me dah sampai pulau banding temenggor itteww.. singgah masjid gerik solat jumaat.. ehehe, salammm

hang nadim said...

en. me satu malaysia dah pusing enjoy la, sori disbbkan aku blogger jalanan blm ada gadget lagi.

khamsiah said...

Ni Kg kita Datuk Hasbullah tu sepupu kita