Saturday, July 4, 2009

Berkhatan Secara Tradisional

makan ayam panggang dulu sebelum disunatkan (Tak Lalu makan)..
Aku nak kisahkan kembali berkhatan(bersunat) secara tradisional ni masa dulu-dulu, suasana berkhatan waktu itu dibuat bersama kenduri kahwin jadi majlis dilakukan serentak dengan majlis perkahwinan la, berkhatan ni dilakukan oleh seorang tok mudim yang berpengalaman, sekarang ni tok mudim dah takde keja dah agaknya. Waktu dulu mana ada ubat kebas atau bius seperti sekarang ni.. seiring dengan kemajuan masa para doktor telah mengantikan tugas berkhatan ni dan sedikit sebanyak perlu menggunakan ubat bius sebagai ubat menahan sakit.
Sebelum majlis berkhatan dulu budak-budak akan dipakai cantik-cantik macam pengantin jugak dimandi beramai ramai kat sungai berdekatan. Lepas tu doa selamat dibaca oleh tok Imam dan budak-budak dijamu dengan Ayam panggang seekor utk sorang dengan pulut kuning dan lain lain. Kemudian sebagai anak tuan rumah perlulah anak tuan rumah didahulukan dalam proses berkhatan ni. Kemudian beberapa orang dewasa memegang tangan ketika budak tersebut duduk di atas batang pisang yang telah di sediakan sebagai tempat duduk dalam proses ini. Tok mudim membaca ayatnya lebih kurang.. dan bersembang sebagai mengubat rasa takut pada budak tersebut tiba-tiba >orang dewasa melaung 'dahhhh'...bunyi poHHHHHHHH.. peluru senapang patah dilepas dari luar rumah menandakan telah selamat seorang dikhatankan.

2 comments:

Jari Emas said...

Sila lawati blog saya untuk berkongsi pengalaman berkhatan.

www.berkhatantradisional.blogspot.com

hang nadim said...

salam...jari emas...aku ingat lagi aku berkhatan Semasa kenduri kawin pak saudara aku, sebagai Tuan rumah aku laaa kena dulu, menjerit aku weiii