aku selalu park kat Keta putih tu lah
Masa tu aku kerja dengan taukey lama aku, sebelum aku berniaga sendiri, walaubagaimana pung aku banyak belajar dari mak dia nii..taukey lama aku, belajar memasak ler per lagi. Dipendekkan cerita Taukey aku ni deal la dengan Pegawai TV3 nak sponsor makan dalam satu rancangan Majalah 3 dan MHI-Malaysia Hari ini, ketika itu (Dah lama dah LDP pun baru siap rasanya). Tapi yang manjadi mangsa orang suruhannya ketika itu aku lah. Mula-mula ada la orang(waiter) membantu tugas aku kemudian bila dah tak terkawal aku lah yang sorang-sorang dari memasak pergi hantar melayan..berkemas semua aku lah. Sebelah aku polak rancangan Business Trend ditaja oleh Kedai mamak Pelita perrr diorang siap ada 2 pelayan, driver pastu taukey dia namanya Tuan Buruhan pung datang .Kadang-kadang pagi-pagi lagi aku dah kena ada kat sana untuk HMI dan malam minggu untuk Majalah 3. Ohhhh waktu itu rancangan Majalah 3 dikendalikan oleh NorAzlina redzuan kecik molek( dah jadi DAtin) dia ni suka sangat makan sambal belacan aku dengan ulam-ulam, dia tak makan nasi ngatah lauk jer. Sebenarnya yang disponsor itu untuk beberapa orang jer tapi biasalah dah makan percuma penuhlaa kakitangan TV3 ni datang, makanan dan segala peralatan katering disumbat dalam kereta satria aku masa tu...jadi bila sampai kat TV3 tu memang parking telah dikhaskan..jap lagi polis bantuan tv3 nak join sekali. Semasa proses tajaan makan percuma ni ada gak nama aku disebut (MENU HARI INI DISEDIAKAN OLEH CHEF..) bangga gak aku, tapi semuanya hampeh kerja sia sia belaka tu..baik bagi anak yatim makan dapat gak pahala. Dah lah tak pandai berterima kasih banyak songeng polak tu.
No comments:
Post a Comment