Thursday, July 23, 2009

Perhimpunan lilin apa tujuan sekalipun syirik - Pensyarah

Seminggu ni kita dikejutkan dengan kekecohan berkaitan kematian seseorang ni, berita ni hari-hari menjadi tajuk berita penting dalam akbar harian baik dalam barisan pembangkang mahupun sebaliknya di Sini Aku selitkan satu artikel menarik kalau nak tahu kena KUALA LUMPUR 22 Julai - Pemimpin-pemimpin parti politik beragama Islam diingatkan supaya tidak menggadai kesucian agama serta akidah semata-mata mahu menarik sokongan masyarakat bukan Muslim.

Rektor Kolej Islam Darul Ridzuan, Prof. Datuk Dr. Mohammad Yusoff Hussain berkata, tindakan mereka antaranya menyertai perhimpunan lilin bagi tujuan memperingati kematian, jelas merupakan salah satu upacara dalam agama Kristian.

Beliau berkata, pemimpin terbabit harus sedar bahawa penyertaan mereka dalam urusan agama lain boleh mencacatkan akidah dan jika itu yang berlaku, mereka wajib bertaubat.

"Saya bercakap bukan sebab Pas atau UMNO tetapi saya bercakap atas dasar hukum serta ketetapan dalam Islam. Sama ada mereka orang Pas atau UMNO jika mereka terlibat di dalam perhimpunan lilin, kesannya amat buruk.

"Saya bersetuju perbuatan ini boleh mencacatkan akidah atau dengan kata lain hukumnya syirik. Dalam perkara ini saya ingin membuat satu persoalan, adakah kita terlalu mengharapkan manfaat dunia yang bersifat sementara hingga sanggup menggadai agama sendiri,'' katanya di sini semalam.

Beliau mengulas trend menyalakan lilin oleh pihak tertentu bagi memperingati atau membantah satu-satu isu dan kebiasaannya ia dianjurkan oleh parti-parti politik.

Terbaru, Timbalan Pesuruhjaya Pas Perak, Datuk Seri Dr. Mohammad Nizar Jamaluddin menyertai majlis menyalakan lilin bagi memperingati kematian Setiausaha Politik kepada Exco Selangor, Teoh Beng Hock di Ipoh, Jumaat lepas.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir ketika mengulas isu tersebut meminta ulama dalam Pas mengeluarkan satu fatwa berhubung perbuatan yang dilakukan oleh Mohammad Nizar.

Dalam perkembangan sama Mohammad Yusoff yang juga bekas Mufti Wilayah Persekutuan berkata, Islam tidak pernah melarang umatnya menziarah kematian yang melibatkan orang bukan Islam tetapi mereka tidak dibenarkan sama sekali terbabit dalam sebarang upacara berbentuk keagamaan.

"Kita perlu tahu membezakan antara urusan agama dan urusan masyarakat. Menziarah kematian orang bukan Islam adalah urusan masyarakat dan ia merupakan sesuatu yang amat digalakkan.

"Manakala perhimpunan lilin bagi tujuan memperingati kematian adalah urusan agama dan umat Islam dilarang keras daripada terlibat dengan upacara seperti itu,'' katanya lagi.

Pensyarah Jabatan Fiqh dan Usul, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Prof. Datuk Paduka Dr. Mahmood Zuhdi Abdul Majid pula menegaskan, umat Islam yang menyertai perhimpunan lilin bagi apa tujuan sekalipun telah melakukan syirik.

Beliau berkata, hukumnya jelas memandangkan perbuatan tersebut merupakan salah satu amalan dalam agama Kristian.

"Golongan pemimpin atau rakyat beragama Islam harus sedar bahawa tindakan mereka menyertai upacara seperti itu adalah sia-sia dan boleh mendatangkan mudarat terhadap pegangan iktikad seseorang.

"Saya bercakap dalam konteks hukum kerana akidah merupakan tunjang kepada keimanan dan keislaman seseorang. Apabila akidah rosak, iman dan Islam juga akan menjadi rosak,'' katanya.

Mahmood Zuhdi memberitahu, keadaan tersebut berpunca daripada amalan politik melampau yang sanggup mengetepikan soal agama serta prinsip-prinsip keimanan.

Sambil menyifatkan budaya itu sebagai politik rakus, beliau berkata, ia telah membuatkan syariat Islam yang sepatutnya menjadi panduan telah dilanggar begitu sahaja.

"Malang sekali dalam negara kita sekarang politik telah mempengaruhi semua aktiviti. Kita tumpukan soal politik hingga lupa kepada nilai-nilai keagamaan, lupa kepada batas-batas yang telah ditetapkan dalam agama,'' katanya.


4 comments:

Anonymous said...

lilin?selalunya ava gunakan lilin kat bilik tido dan kamar mandi jer supaya aroma bilik tu bau wangi..hehe..kalau utk org mati tk pernah lak..hehe

hang nadim said...

datang kat IKEA bapak segala lilin ada, sebenarnya Ikea seberang jalan jer tapi Hang Nadim baru 4 kali pegi kot..

Anonymous said...

apa motif post entry kau nih? kau terlibat ke dalam kes pembunuhan TBH?

hang nadim said...

kepada Tuan ponya nama Anonymous(apesal tk berani letak nama) artikel itu aku ambik dari Utusan Malaysia :}}