Aku kalau tak posting sesuatu setiap hari rasa macam kurang lah sesuatu dalam hidup aku, 3 tahun lepas aku diperkenalkan oleh member aku dekat kolumpo ni, macam-macam skim cepat kaya masa tu contoh yang aku ingat Swiss cash , lepas tuuu muncul polak AB fund, dinar, E-barrel. Ramai jugak kalangan member aktif masa tu, aku pun terjebak jugak tapi dalam usd200 sahaja. Bila sahaja Bank Negara mengamuk semua kena tutup dan duit tengelam macam tu sahaja, sebenar ramai dikalangan kakitangan kerajaan yang masuk ketika itu, sebabnya diorang senang mendapat pinjaman dari koperasi atau bank. Sebenarnya mana ada duit senang dalam dunia ni, dah ada nas berusahalah kamu bersungguh kemudian bertawakal... kemudiaan barulah nampak hasilnya disini aku selitkan kata seorang aktivis ni cuba klik
KUALA LUMPUR 15 Julai - Biro Pengaduan Awam MCA menerima 65 aduan membabitkan peminjam ah long daripada kalangan kaum Melayu yang melibatkan pinjaman menjangkau lebih RM2 juta sejak awal tahun ini.
Ketuanya, Datuk Michael Chong berkata, daripada jumlah itu, 40 kes melibatkan peminjam lelaki manakala 25 lagi adalah wanita.
"Sebanyak 341 kes diterima sejak Januari sehingga Jun tahun ini dan peminjam daripada kalangan kaum Cina paling ramai iaitu 241 kes," katanya pada sidang akhbar di pejabatnya di sini.
Beliau berkata, rata-rata peminjam kaum Melayu yang kebanyakannya berumur dalam lingkungan 30 sehingga 40 tahun mengalami masalah kewangan dalam perniagaan dan ada juga yang terlibat dalam skim cepat kaya.
"Kalau kaum lain, mereka meminjam kerana berniaga dan berjudi tetapi dalam kes kaum Melayu, ramai terlibat dalam skim cepat kaya dan ada antara pengadu yang datang berhutang lebih RM700,000 dengan ah long," katanya.
Sementara itu, Michael Chong berkata, ah long kini menggunakan taktik terbaru bagi memungut hutang dengan cara menghantar wanita cantik dan seksi ke rumah atau premis perniagaan peminjam.
"Wanita itu akan menunggu di kedai-kedai atau rumah-rumah peminjam untuk memungut hutang. Selagi mereka tidak bayar, wanita ini akan datang berulang kali untuk memungut hutang," katanya. - BERNAMA
4 comments:
melabur mcm tu tak kira usaha ke? ;p
jasrina rahim> betul gak yer, tapi dia ponya pulangan banyak sangat, sapa yang mula masuk tuu memang la kaya, yang bawah tuuu makan asap jer lah
tak percaya langsung melabur cm nih... dah terkena....
easza> Macam banyak jer terkena, mesti kenkawan yang rekmen kan?
Post a Comment