KENAL TAK? sila taip WANITA PALING PANAS dalam Google
Sebenarnya pengalaman hidup banyak mengajar seseorang itu, pergaulan memainkan peranan utama dan mematangkan seseorang itu. Hari ini aku nak bincangkan "Mereka Yang Berkobolehan". Siapakah mereka ini? mereka amat berkobolehan berbakat memutarbelitkan, mengambil kesempatan atau menipu orang lain dengan berbagai cara... Kadang-kadang seringkali kita terbaca dalam paper, seorang Profesor, cerdik pandai, ahli perniagaan yang mungkin bergelar Datuk ditipu dengan mudahnya oleh seseorang atau berkumpulan dari mereka yang "berkobolehan" ini. Modus operandi mereka datang dalam berbagai bentuk. Contoh yang dapat aku berikan ialah kes lelaki dari Afrika yang menipu kononnya dengan dakwat hitam, mereka dapat menukat kertas putih menjadi duit USD(black money). Walaupun ramai yang sudah terkena tetapi kes seperti masih lagi terjadi..ishh ishh.
Berbalik topik "Kebolehan", kebanyakkan Orang Kita yang berkobolehan ni kadang-kadang hanya bersekolah peringkat rendah sahaja, malah ada yang tak pandai membaca, tetapi kobolehan mereka bercakap dengan yakin, berani, dan kemudian disenangi dan dipercayai oleh Mangsa...
Tuan-tuan dan puan-puan berbanding dengan pengalaman aku ditipu tempohari adalah secipuk sahaja. Sebenarnya ramai lagi diluar sana pernah ditipu beratus ribu malah berjuta-juta ringgit. Kadang-kadang pernah terjadi satu projek yang betul-betul "genuine" boleh dicerobohi oleh mereka yang berbakat ini, mereka mungkin mempunyai team yang profesional yang mungkin menyamar sebagai orang yang bertanggungjawab dalam Projek "genuine" tersebut. Seseorang yang yang lurus bendul dan leka pasti terkena dalam permainan mereka ini.
Kepada anak-anak muda yang bercita-cita tinggi, ghairah dan semangat berkobar-kobar ingatlah pesanan Iklas dari Hang Nadim ini... sekian
12 comments:
pandainya dia tipu orang vip yg kaya raya kannns.. ehehe
satu perkara kita kena kawal dengan sebaiknya, nafsu. boleh kawal yg ini, sukarlah nak kena tipu..
en_me> Sebenarnya seseorang itu dilahirkan dengan satu bakat, kalau seseorang berbakat MENIPU kerjanya nak menipu jer. ishh ishh
laki cikgu kimia> Untuk mengawal nafsu ni lahh amat sukar sekali. Walaupun iblis dikurung dlm bulan puasa ni tapi Nafsu yang sebati pada diri hadir menyuruh itu dan ini...Mungkin
saper tu?
xkenaii pon..heheh
Mereka yg berkebolehan menipu ni, senjata utama dorang pandai bercakap, pandai meyakinkan org lain dan tahu apa kelemahan seseorg tu. dan plg utama kelemahan manusia adalah bab berkaitan duit dan bagaimana nak jd kaya dgn cepat dan mudah, dr situ lah dorang buat mcm2 taktik nak memperdayakan org ramai.
benar saudara.. anak anak muda yang bersemangat dan berkobar - walaupun niat mereka benar tp boleh jadi mangsa kepada mereka yang "berkebolehan" itu..
selamat berpuasa saudara.
Salam Sejahtera
Yoro okino>Ohhh gambar tu ker? memang aku tabik spring kat dia, semua artis hebat-hebat terkena dengan DIA, memang dia 'Berkobolehan'.
Faizal Nizam> Selalunya yang Terkena ni, mereka yang BENAR-BENAR nak memajukan diri dengan niat yang BENAR. Selamat Berpuasa jugak...
Cik Skaf> Aku ni pulak tak pandai bercakap kenkadang tu hilang punca, ishh kalau la aku pandai bercakap dan pandai menyusun kata-kata..ishh ish
dah tipu or sna sni..duit dh byk. pastu wt plastic surgery. tukar finger prints. org dh x knal.. kan??
H.a.z.e.r.i.n> kalau tukar jantina pun boleh gak kan...ishhh ish.
ade orang pandai cakap je..buat tak gak..jgn kata yang lurus bendul..yang cerdik pun belambak kene kencing..lin pun dah penah tekene..lumrah dunia kan...salam sahur
seroja jingga> betul LIn yang terkena ramai yg cerdik, aku dulu pun dalam keadaan berjaga-jaga pun boleh terkena. Lin tekena mcmaner? Selamat Bersahur
Post a Comment