Sunday, August 2, 2009

Ludah ke kiri tiga kali


MIMPI dialami semua orang. Bezanya ada yang mengalami mimpi baik dan buruk. Mimpi buruk kadangkala menghantui hidup seseorang, lebih-lebih lagi ia menggambarkan keadaan yang mengerikan dan menakutkan. Aku berikan kaedah penyelesaian apabila mengalami mimpi-mimpi jenis niii yang aku ambik dari sebuah artikel dalam akhbar tempatan.
Justeru, bagi seseorang yang bermimpi buruk, hendaklah bertindak seperti berikut: Kalau nak tau cara mengatasinya...


Meludah ke kirinya tiga kali.

Meminta pertolongan kepada Allah daripada godaan syaitan dan mimpinya yang dahsyat, tiga kali.

Membalikkan tubuh (mengubah kedudukan).

Tidak menceritakan mimpi itu kepada orang lain.

Mengambil wuduk dan bersolat, sekiranya mahu.

Berhubung dengan mimpi, Nabi s.a.w bersabda, maksudnya: "Mimpi yang baik adalah daripada Allah, sedang mimpi (buruk) adalah daripada syaitan. Apabila seseorang antara kamu bermimpi yang disenangi, janganlah dibicarakan kecuali kepada orang yang mendengarnya." (Hadis Riwayat Muslim)

11 comments:

Cik Skaf said...

"meludah ke kiri 3 kali"
uik..betul2 meludah ke? atas katil tu juga? huhu..

Faizal Nizam said...

salam hang Nadim.. tanjung kasau tu kat daerah mana? macam biasa dengar..

hang nadim said...

Cik Skaf> aku rasa kalau yang ada suami..dinasihatkan suami tido sebelah kanan :}
Faizal Nizam> Tanjungkasau tu dekat Gerik daerah Ulu Perak

Faizal Nizam said...

patut la macam familiar sangat2.. sedara ni orang Gerik ker? saya pun orang Gerik juge!

jasrina rahim said...

tak payah ludah betul2. kang abis kuning2 cadar. ustazah sy kta buat2 meludah aje pun tak pe..

asbesstos said...

ouh..kira buang sial la yea bro? tapi aku jarang bermimpi.... kadang2 mimpi leh wat mandi peluh pun ade..huhuhu... mimpi mainan tidur

Fina said...

meludah angin la yek?

hang nadim said...

Faizal Nizam>mung kapung maner? mung tak kelik ka...nanti belnja
Fina> Itu Saya tak tahu..ludah ganas sikt baru setan lari

hang nadim said...

Jasrina rahim>Lawak la hang nii...jangan ludah merata-rata..
asbesstos>Pelik laaa hang ni tak pernah mimpi, ishh muskil hang nadim lagu ni...mimpi per tuu?

biru said...

aku pernah bermimpi
mimpi yang indah
aku penah bermimpi
mimpi yg jadi nyata...

dah lama aku tak bermimpi
biarlah,
kerana aku ingin berada di alam realiti

=)

hang nadim said...

Biru> Kalau mimpi yang tak habis ituu yang frust tuu...mimpi tergantung tak sampai ending..