Aku dedikasikan blog ini untuk kampung Tanjung Kasau tempat kelahiran aku tempat aku dibesarkan, semoga kehadiran blog ini akan mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan dan Kampung Tanjung Kasau akan mencipta sejarah..terkenal seluruh Dunia
Sunday, August 23, 2009
Mahkamah benar penulis blog didedah
Salam..esok dah hari ketiga kita berpuasa, sebenarnya aku jumpa artikel ni sangat menarik untuk teladan kepada semua blogger diluar sana, kejadian berlaku di Washington, tetapi kalau mahkamah kat malaysia juga satu hari nanti membenarkan saman seperti ni, pasti Blogger yang suka mengibkan orang atau menyerang peribadi seseorang kecut perut...nak tau WASHINGTON 20 Ogos - Model Kanada, Liskula Cohen telah memenangi satu kes penting di mahkamah New York selepas Google terpaksa mendedahkan identiti seorang penulis blog yang telah memfitnah gadis yang menghiasi muka depan majalah Vogue itu.
Hakim Mahkamah Agung Negeri New York, Joan Madden pada Isnin lalu mengarahkan laman web gergasi itu supaya menyerahkan maklumat mengenai penulis blog yang dihasilkan sejak setahun lalu, menggunakan program Google, Blogger.com.
Perintah tersebut dikeluarkan selepas Cohen, 36, memfailkan rayuan untuk mengenal pasti orang yang memaparkan gambar tidak senonoh Cohen dalam blog dan menggambarkan beliau sebagai 'ho' yang bermaksud vagina dan seorang 'psikotik, pembohong, pelacur... perempuan kelas bawahan.'
Blog tersebut telah ditutup pada Mac lalu.
Namun, Cohen yang muncul beberapa kali dalam peragaan pereka terbaik di seluruh dunia dan menghiasi muka depan majalah fesyen, bertekad untuk mengenal pasti identiti penyerangnya.
"Jika seseorang menyerang di jalan raya, anda mungkin tidak akan melepaskannya," katanya dalam wawancara eksklusif rancangan ABC, Good Morning America semalam.
"Jika seseorang menyerang anda secara peribadi, anda turut tidak melepaskannya.
"Jadi, mengapa saya harus melupakannya? Saya tidak ada alasan untuk mengabaikannya. Jadi, saya tidak perlu berbuat demikian (melupakan penyerang)," kata Cohen.
Berikutan perintah Madden, Google telah menyerahkan alamat e-mel dan alamat internet protokol (IP) komputer penulis blog tersebut dan membenarkan Cohen mencarinya.
Dia berjaya menemui penulis blog tersebut yang merupakan seorang wanita yang tidak dikenali dan tidak rapat dengannya.
"Dia tiada kaitan dalam hidup saya," kata Cohen.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
13 comments:
macam2 la jadi bile da glamer
joegrimjow> Perempuan tu mmg glemer pung tapi itu tak pentinglah, yang penting tu GOOGLE telah diarahkan menyerahkan segala detail oleh mahkamah.
kalau la ada kat malaysia mcm tew kan,mesti fasha sandha kaya raya kan??sebab semue org asyik kutuk dia jer kat blog2x..huhuuu..tak nak kutuk org...takut nanti diri sendiri terkena...
Ava> bukan menang dpt duit ni, cuma perempuan tu Menang apabila GOOGLE sendiri telah diarahkan mahkamah utk menyerahkan detail blogger, kt mlaysia pun mungkin tk lama lagi semua Blogger dikehendaki BERDAFTAR(mcm sim kad HP)...haha
bahaya gak jadi blogger ni...huhu
herm... ade jugak terbaca fasal ni kat paper aritu.. hehe.. bagi blogger yang buat tuduhan fitnah and mengaibkan org sesuka dowang je.. saya rasa mmg wajar identiti dowang didedahkan.. yela.. main ske2 je wat fitnah and nak jatuhkan maruah org lain...
tapi di malaysia ni pun.. dah macam satu fenomena kutuk org dlm blog.. bukan artis je.. blog2 biasa pun kutuk2 member and sesape termasuk jiran dowang dlm blog gak.. hahaha.. blog jadi sumber melepaskan geram..kekeke
POSH76> alaa tak mendatangkan bahaya la posh, selagi kita tulis menda yg elok dan mendatangkan manfaat
asbesstos>Ko rasa ada tak Orang yg ko kenal ngutuk ko? tapi hari tuuu Blog ko telah menjadi tempat tempat ko melepaskan geram kepada seseorang, agak-agaknyer org tu baca tak? Mesti org tu kenal ko..haha
Kalaulah aku kena camtu,
pergh, aku nak saman 50 juta dolar.
kaya tu..terus berhenti kerja..
tapi, pehal plak org nak serang peribadi aku. aku insan biasa je..hahahaha.
kalaulah....
Habang> haha sapa nak bayaq 50juta, Google ke...tapi kalau dah dapat detail penulis blog tersebut apo nak buek polak, kalau sebagai individu kita tak mampu buat pe pun...hanya Pihak Berkuasa yang boleh mengambil tindakan. ishh ishh
Alarrr apa faedahnya mengutuk org pun kan? org yg dikutuk senang2 dapat pahala free. org mengutuk dapat apa? Dapat pujian? huh.. puji depan2 mgkinlah, blkang kena kutuk balik sbb mengutuk org. Lagipun, boleh tenang ke hati kalau duk mengutuk org sana sini, org tu tak betul, org nie tak betul, mcm dalam dunia dia aje yg betul, dia aje yg sempurna. huh! eh eh.. teremosional pulak sy kat blog Hang Nadim. hehe..i'm sorry..!
Cik Skaf> rasanyer Cik Skaf sedang melepaskan perasannyer tuu, alaa abaikan jer..untuk melegakan tuu cuba dengar lagu ni tajuknyer "Kantoi" layann laa lagu nii. Hang Nadim baru dgr hari ni
Nak dgr kat mana Hang Nadim? Tak dgr pun?..
Cik Skaf> Ohhh Cik Skaf cari dalam Youtube, aku suka laa lagu ni
Post a Comment