Monday, August 17, 2009

Misteri: Wanita tanpa muka

Gambar pulak macam ni memang Suspens
Cerita ni telah lama berlaku pada satu pasangan ni, kisahnya begini..sebelum itu dinasihatkan kalau yang dok sorang-sorang dan jenis penakut jangan la baca takut terbayang-bayang pulak.. tapi kalau nak tahu cerita seram ni....KEDINGINAN awal pagi membuatkan Nur amat berat meninggalkan bantal dan tilam empuk tetapi menyedari ada tugas menanti untuk menghantar suami tersayang, Ali Shah, yang bertugas sebagai juruperunding ke lapangan terbang untuk ke Singapura memaksanya bangun.

Kelancaran perjalanan ke Terminal Dua Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz di Subang tanpa gangguan kesesakan lalu lintas memang melapangkan hati. Namun apa yang tidak disedari Nur dan suami ialah halangan yang mereka tempuh datang dalam bentuk imej seorang wanita tanpa wajah..........“Pengalaman menyeramkan itu terjadi pada 1998. Ketika itu Terminal Dua Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz di Subang, masih beroperasi sebagai tumpuan penerbangan ke Singapura.

“Suami saya perlu menaiki penerbangan jam 7 pagi. Dia perlu berada di lapangan terbang dua jam lebih awal, menyebabkan kami keluar rumah seawal jam 4.30 pagi,” katanya yang menetap di Kota Damansara, sebelumnya dikenali sebagai Pusat Bandar Sungai Buloh.

Nur bercerita, hujan renyai-renyai ketika itu. Suaminya memandu kereta dan mereka leka bersembang kerana jalan raya lancar. Kira-kira 10 minit perjalanan, suaminya membelok kiri dari jalan lama Sungai Buloh - Shah Alam ke arah Lapangan Terbang Subang,

“Persekitaran serba gelap, menyebabkan suami memasang lampu tinggi. Tiba-tiba dari jauh lagi kami nampak kelibat seorang wanita di tepi jalan raya. Dia berdiri di bawah sebarang pokok besar. Di sebelah sebelah kiri pula ladang getah,” kata Nur kepada penulis, ketika mengimbas pengalaman menyeramkan kira-kira 11 tahun lalu.

“Terdetik dalam hati, apa hal pula seorang wanita berada di kawasan gelap itu pada awal pagi. Seorang diri pula. Mata saya liar mencari motosikal atau kereta yang mungkin tersadai rosak di tepi jalan. Malangnya, tiada.

“Kelibat wanita itu nampak jelas sebab suami memasang lampu tinggi. Saya nampak susuk tubuhnya yang kurus, berbaju kurung dan mengenakan skaf. Tangannya melambai-lambai meminta kereta kami berhenti,” katanya.

Bagaimanapun, anehnya, baik Nur mahu pun suami seakan-akan tergamam dan tidak berkata apa-apa. Mulut mereka seakan terkunci. Dia cuba membuka mulut untuk bersuara tapi tidak boleh. Begitu juga Ali yang membisu dan terus memandu.

Mereka tergamam dan Nur terus mencapai tangan suami yang sedari tadi memegang tombol gear untuk meredakan debaran dan mencari kekuatan.

“Sebaik melintasinya, saya memberanikan diri cuba mengamati jelmaan wanita itu. Alangkah terkejut kerana di celah hayunan bilah pengelap cermin, saya nampak tangannya yang berwarna putih pucat, tetapi tidak ada muka! Mukanya cuma berwarna kelabu gelap tanpa mata, hidung atau mulut.

“Ketika itu Tuhan saja tahu perasaan ini. Meremang bulu roma dibuatnya kerana saya syak itu sememangnya hantu. Dalam hati terus membaca ayat Kursi dan biarpun cuba membuka mulut, tetapi masih tidak boleh,” katanya.

Nur memandang suaminya, tetapi Ali memandu seperti biasa, juga tidak bersuara. Kira-kira lima minit selepas itu, apabila tiba di restoran makanan laut bertentangan landasan kapal terbang, barulah mereka boleh bersuara.

“Abang nampak tak apa saya nampak tadi?” soal Nur kepada suaminya.

“Nampak. Jangan kata apa-apa. Lupakan saja.” Akur dengan permintaan suaminya, Nur tidak berkata apa-apa sehinggalah tiba di Terminal Dua.

“Sudah, awak jangan fikirkan sangat apa kita nampak tadi,” kata Ali sambil meletakkan kereta di tepi jalan.

“Tapi itu hantukan? Nampak tak perempuan itu tak ada muka. Tangannya pucat lesi...” kata Nur yang tidak berpuas hati dengan reaksi suaminya.

“Tahu, tahu. Saya pun perasan benda itu. Sudah jangan cakap apa-apa. Awak balik ikut Lebuh Raya Persekutuan. Jangan ikut jalan tadi, bahaya!” kata Ali sambil keluar dan mengambil begnya di tempat duduk penumpang di belakang.

Selepas kelibat suaminya hilang ke dalam terminal, Nur memandu keretanya menghala ke arah Lebuh Raya Persekutuan. Hatinya masih tidak tenteram apabila mengingati peristiwa menyeramkan itu.

Nama pun misteri dan naluri ingin tahu dan melihat persekitaran kawasan berkenaan, menyebabkan Nur memutuskan untuk kembali ke kawasan itu. Dia menunggu sehingga jam 11 pagi dan meminta kakak saudaranya menemani.

Nur kembali menelusuri jalan raya itu dan keadaan cerah itu membolehkan dia melihat dengan jelas tiga ‘petunjuk’ utamanya - ladang getah di sebelah kiri, sebatang pokok dan selekoh agak tajam di situ.

Pokok itu adalah pokok pulai yang agak besar betul-betul terletak di tepi jalan raya.

“Melihatkan pokok itu dan selekoh tajam itu, terlintas di hati mungkinkah wanita itu mangsa kemalangan yang berlaku di situ. Mungkin kerana itulah dia melambai supaya kami memberhentikan kereta,” kata Nur membuat tafsiran sendiri.

Kini, jalan raya itu sudah dilebarkan bagi memudahkan perjalanan terus ke Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah berkenaan. Tiada lagi selekoh tajam mahu pun pokok pulai yang pernah menjadi sebahagian daripada identiti jalan raya berkenaan. Namun tidak pula dipastikan jika kelibat wanita tanpa muka itu juga sudah lenyap bersama selekoh dan pokok pulai berkenaan.




4 comments:

Cahaya Yang Riang Gembira said...

Hang nadim.. Memang seram.. Saya pn pernah ade pngalaman "nampak" mende ni.. Tapi takde laa dlam jarak dkat.. Tapi tetap menakutkannnnnnnn..

hang nadim said...

Farhana>Dr.Farhana nampak dari jauh ker? awat tak p dekat tanya dia NAK ke Mana tuu...hehe

Anonymous said...

omg! skrg ni apa landmark kat kwsn tu. aku keje dpn airport tu. mungkin itu jln yang aku lalu tiap hari...

hang nadim said...

jasrina rahim> Lepas keluar kota damansara lepas shell tuu belok kiri, kanan dan kiri jalan besar tu pokok getah RRI, lepas tu jumpa traffic Light ke kiri pergi Airport Subang(klau terus tembus Shah ALam). Dulu jalan ke Airpot kecik sekarang dah lebar. Aku rasa besar kemungkinan dekat simpang tu lah. Aku agak-agak jer