Saturday, August 8, 2009

Sandiwara saham lelaki

tunggu sat sakit perut pulakkk..

USAH KACA DISANGKAKAN PERMATA, KALAU SUDAH NAMANYA INTAN, TERPALIT LUMPUR TETAP BERHARGA. TEGUHKAN HATI DAN JIWA BILA LELAKI MENAWARKAN SANDIWARA. JANGAN TERLEWAT MENCATAT TAKDIR MENJADI BONEKANYA…

Mengungkap dan menyingkap anatomi jiwa dan hati lelaki sememangnya tidak berpenghujung. Meski jenuh dan bosan membongkar kualiti terbaik (selain sukar ditemui barangkali?) bersulam rasa hampa, namun ada saja gelagat, kerenah jiwa lelaki yang masih menarik untuk kita selami dan fahami. Sebenar artikel ni macam kutuk lelaki sahaja ishhhh...tapi takper lah sekadar bahan bacaan sahaja. Aku rasa penulis artikel ni seorang perempuan dari cara penulisannya, Aku jumpa artikel ni dlm sebuah majalah dan mungkin pembaca ingin mengetahui lebih lanjut.... Merungkai permainan sandiwara bernama lelaki dalam memastikan harga dirinya terpelihara di aras mata masyarakat. Memetik ulasan Dr. HM Tuah Iskandar, tentang isu lelaki dan permainan sandiwara (penipuan), ia bukan isu khusus kepada gender tetapi ia berkaitan tentang ‘masalah hati’ yang dialami atau dilakukan oleh semua manusia tanpa mengira jantina. (ingat tanpa mengira jantina jadi bukanlah ditujukan untuk lelaki sahaja hehehe.....

10 Status Bahaya Lelaki

1. Lelaki yang menabur kata sayang tetapi masih lagi belum bersedia untuk hubungan yang lebih serius. Itu bermakna lelaki tersebut hanya berminat untuk berpeleseran saja.

2. Membuat panggilan atau sistem pesanan ringkas mengikut keselesaan atau kemahuan hatinya. Tatkala anda memerlukannya, dia hanya diam membisu bersahaja.

3. Lelaki yang suka dan kerap bertemu janji tanpa menetapkan ikatannya dengan anda. Nasihat kami, elakkan kerap bertemu atau saham peribadi wanita anda jatuh merudum.

4. Lelaki yang telah berpunya tetapi kerap menghabiskan masa bersama anda. Sudah berpunya tetapi masih menagih kemesraan daripada wanita lain. Bila pecah tembelang dengan pasangannya, anda dilemparkan status kawan biasa sahaja.

5. Lelaki yang hanya merasakan tindakannya saja yang betul. Inilah lelaki yang pentingkan diri sendiri dan tidak mungkin memikirkan perasaan orang lain termasuk anda!

opssssss majalah ni letak 5 sahaja dalam laman sesawangnyer. 5 lagi perkara kena beli Majalah la pulak kalau nak tahu takpe nanti aku servey...

6 comments:

Cahaya Yang Riang Gembira said...

Ehem ehem.. Hang nadim.. Sila baca ye 5 perkara itu.. Hak hak hak.. =p

Tak pasal2 hang nadim lak yg kene.. Huhu.. Takpe.. Elok untuk membina hubungan.. Hahaha.. =)

hang nadim said...

Farhana>Elok sangat Dr farhana... tapi 5 Perkara lagi kena beli majalah itulah. Semoga binaan bangunan akan mengikut piawaian :}

Cik Skaf said...

apa kes nie?

hang nadim said...

cik Skaf>itu semua Spam...nanti saya delele

hang nadim said...

ada beberapa orang yang tak dapat aku kesan..komen mereka telah aku delete blog aku bukannya blog politik

hang nadim said...

BUJANG SUSAH>waalaikumsalam Tuan Bujang Susah...terima kasih diatas info diatas...Bujang pun susah haaaaa ishh ishhh