Hari ini aku nak bercerita pesal section 8 Shah Alam ni. Kenapa aku nak bercerita tempat ni? Sebenarnya baru-baru MAJLIS BANDARAYA SHAH ALAM telah melakukan rampasan arak disini di sebuah kedai Serbaneka setelah banyak aduan dibuat oleh penduduk yang prihatin, aku pun tak tau kedai yang mana satu...esok kalau aku pergi sana aku tanya bebudak. Hari ni Kes ni menjadi semakin panas disebabkan Seorang Ahli Tertinggi dari Barisan Pakatan telah memberi arahan supaya arak tersebut dipulangkan........ Section Alam ni beberapa tahun lepas namanyer pun telah meletup disebabkan perebutan Sebuah Surau diantara dua pihak dan diarahkan ditutup Oleh Pihak yang BERKENAAN memandangkan kedua-dua pihak berdegil dan tidak mau mengalah. Setelah pilihanraya Surau itu telah dibuka semula. Section 8 ni majoritinye semua penduduknya melayu ada beberapa kerat sahaja orang cina, india, mat salleh dan kaum-kaum lain. Ada beberapa rangkaian rumah kedai disitu. Kalau yang pernah ke IPK selangor belok kiri ada sederet rumah kedai.Kemudian kalau terus dari situ ada satu simpang ke kanan. Jikalau terus akan menuju ke Taman Pertanian Bukit Cherakah. Tapi sebelum itu ada 2 blok rumah kedai berdepan dengan rumah kakitangan kerajaan dan di belakangnya pulak ada apartment kos murah PKNS, berhampiran jalan nampak surau besar Section 8. Bagi aku tindakan Exco yang telah campur tangan dalam kes yang sensitif ni menyebabkan kekecewaan yang amat sangat bagi kaum yang Memajoriti di Section 8. Tapi yang luluskan lesen jual arak ni siapa? Pegawainyer Orang Ape...
2 comments:
macam macam sekarang - sib baik bukan seksyen 7
Faizal Nizam> Section 7 tuuu kira nak pegi Klang pun dah dekat ikut jalan belakang..Sempadan Section 8. Kalau aku dari Bukit Raja aku masuk terus situ tembus section 8 nak pegi section 4.
Post a Comment