Saturday, September 12, 2009

Dua didakwa palsu bon PUNB diarah bela diri

Begitu laa tajuk Berita dalam akhbar hari ni. Aku tertarik berita ni sebab yang melakukan kesalahan ini bukannya anak bilis, tapi Bapak segala jerung BON tu pulak masyaallah kalau laa tak sangkut jumlahnya dalam USD5 billion hilang akal betul laaaaa...nak tau yer

KUALA LUMPUR: Dua bekas pegawai kanan Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) yang didakwa memalsukan sijil bon PUNB bernilai AS$5 bilion (RM19 bilion), kira-kira sembilan tahun lalu, diperintahkan membela diri oleh Mahkamah Sesyen di sini, semalam.

Hakim SM Komathy Suppiah membuat keputusan itu terhadap bekas Ketua Pegawai Eksekutif PUNB, Ahmadi @ Ahmad Zukni Johari, 68, dan bekas Setiausaha, Mohamad Aminuddin Mohamed Zain, 53, selepas pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap mereka.

Komathy dalam penghakimannya berkata, pendakwaan melalui saksi mendapati keterangan bahawa sejak PUNB diperbadankan, syarikat milik kerajaan itu tidak pernah mengeluarkan bon tanpa kebenaran Kementerian Kewangan, Bank Negara, Suruhanjaya Sekuriti dan Yayasan Permodalan Bumiputera.

“Kedua-dua mereka mengetahui tidak ada mandat dan malahan lebih penting tahu lembaga tidak akan meluluskan, tetapi mereka meneruskan juga dan mengeluarkan bon itu dengan hasrat tindakan itu dipercayai dikeluarkan dengan kelulusan PUNB,” katanya.

Ahmadi dan Mohamad menghadapi tuduhan memalsukan sijil bon bertarikh 13 Oktober 2000 dengan tujuan melakukan kontrak yang nyata.Mereka didakwa melakukan kesalahan itu di PUNB, Wisma UOA II, Jalan Pinang, pada 13 Oktober 2000.

Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Mohd Baharuddin Ahmad Kassim.

Ahmad Zukni diwakili peguam Datuk Muhammad Shafee Abdullah manakala T Suresh mewakili Mohamad Aminuddin.

Mahkamah menetapkan 7 November untuk Ahmad Zukni dan Mohamad Aminuddin membela diri.

3 comments:

MisterZyl said...

isk isk isk.. banyak benor tu..

manusia manusia...

Salam Sejahtera

Fyzal's Territory

taipingmali said...

Ini berlaku masa krisis kewangan. walaupun diarah bela diri harap dia berjaya dalam pembelaannya.

hang nadim said...

Faizal Nizam> aku pun tak tahu apa sebenarnya berlaku, nanti aku tanya Orang yang Arif pesal ni..

TAIPINGMALI> Saudara taiping mungkin tindakkan mereka DALAM TUJUAN yang betul, tapi telah melanggar Undang-undang....Saya tak paham kalau silap tolong betulkan, Raya dekat Taiping belah mana....?