Sunday, September 13, 2009

Lemang Dan Ketupat

Gambar CILok yg Penuh NOStalgia
KETUPAT dan Lemang manakah pilihan kamu ?..dekat kampung aku paling femes ialah Ketupat Palas laa, Ketupat Palas ialah sejenis ketupat pulut kalau nak tahu. Lemang pulak ada jugak, tapi aku ni species tak suka sangat Lemang ni. Lemang kat kampung aku bukannya macam lemang dekat Kolompo jenis rebus pastu buat wayang macam dibakar. Lepas tu pulak Buluh pun, buluh special ponya, kalau dekat Kat Kolompo buluh yang keras-keras, kalau dekat Kampung Buluh jenis yang lembut yang Khas untuk buat Lemang, kalau kuat tarik sahaja dengan tangan..(ada berani)

TAPI dekat Kampung aku ada jugak laa yang rajin buat Ketupat Nasi Impit tuu, tu pun mungkin menantunya memang pandai menganyam ketupat Pucuk Daun kelapa tuu. BIla makan Ketupat dan Lemang Ni mestilah ada Lawannya, daging rendang, ayam rendang, kari, masak hitam ker(kalau makan masak hitam daging kat tempat aku mesti nak lagii dan lagii) masak hitam banyak rempah ratusnya. Kadang-kadang tu kalau bernasib baik boleh laa makan Daging Rusa masak hitam.
Kadang-kadang tuu ada jugak Rumah-rumah yang buat Menu special seperti Laksa ke, Mee kari ker. Ermmm Aku ingat nak buat Menu Special laaa.. MEe Rebus ke orait gak.

12 comments:

Idris Talu said...

Raya tahun lepas saya terkena fasal nak buat ketupat palas. Pergilah ke pasar (tak payah sebutlah sebab pasar orang kita) belilah sebeban daun (?). Balik ke rumah, menantu saya kata - ni bukan daun palas, daun serdang!

Nak raya pun boleh terkena jugak.

Idris Talu
http://idristalu.blogspot.com/

EN.ROBOT said...

tak sabar maw pekene lemang + rendang,..,~

ell_jay said...

saya raya kat klang tahun ni.. lontong will be the main dish.. dpt lontong balut daun pisang.. makan dgn kuah lodeh, kuah kacang, ayam goreng... perggghhhh... heaven i tell u..

N.A.T said...

sungguh saya tak terasa nikmat beraya tahun nie
;(

sungguh-sungguh!!!
uwaaaa..

Farhana said...

Hang nadim.. Nak kawen ngan org selatan kene laa pndai makan ketupat nasi impit yek.. Hak hak.. Saye lagi suke ktupat dari lemang.. Tp lemang pn oke sajek... Lemak2 gitu rasa dia.. Wah.. Trliur lak cite2 psal mende ni.. Huhu..

Mee Rebus tu saye memang minat.. Mee rebus Muar.. Waduh.. Bagus laa tu hang nadim pndai msak mee rebus.. Tmbah satu point.. Hak hak..

hang nadim said...

Farhana> Nak buat MEE rebus tulang, mantap beb....Lontong ke, pandai gak buat tapi tak suka sangat

hang nadim said...

Idris Talu> mungkin rupenya sama kot, saya pun kurang pasti, Jangan lupa singgah Kampung tanjungkasau tuan haji..

EN.ROBOT> Kat Pasar Ramadhan pun ada jual lemang nii...kalau teringin nak makan ni...

N.A.T> Apesal..? tak dapat balik Beraya ka, why...why

Ell_jay> aku pandai gak buat lontong ni, tapi petuanya jangan lupa letak daun salam...Ermmm cikgu raya mana ?

ell_jay said...

hang nadim.. tahun ni raya klang.. selalu balik tapah kalau dah raya klang ni.. tak jauh pun lalu kuala s'ngor kan.. tapi mak mentua pun raya KL.. cam tak balik jek tapah... huhhuhhu

hang nadim said...

ell_jay> patutler suke LONTONG orang belah Klang memang suka menu ni. Hang Nadim belum ada mak mertua daaa...ish ishh

Idris Talu said...

Dekat Ipoh ada laksa goreng yang sedap juga. Rasanye di KL takde laksa goreng. Bila adik saya yang menetap di Jolobu NS datang ke Ipoh, saya bawak makan laksa goreng, dia pun kata sedap.

Kalau di Taiping saya suka kotiau Doli. Tapi harganya dah naik dah - RM8 sepinggan. Anak nak makan, takpe abah bayar.

Ada lapang tengoklan kelamai di blog saya:-
http://idristalu.blogspot.com/

Idris Talu said...

Satu lagi saya lupa nak cerita, nama Talu pada nama saya tu ialah nama tempat (kampong) di Sumatra sana - kampong asal datok sebelah ayah saya.

Kalau nak tahu kisah Talu, boleh tengok video clip Lagu Rang Talu (di bawah LAGU MINANGKABAU SUMATRA) kat column kanan blog saya.

Keturunan perantau memang tak lekat setempat.

hang nadim said...

idris_talu> Selamat hari buat tuan haju sekeluarga, Ohhh sata tak tahu pulak ada Laksa Goreng..sedap ka ? dekat-dekat kampung Sg penchala ni ramai orang sebelah sana...Orang Minang