Tuesday, September 1, 2009

Kebolehan "Aku" = X- Faxtor Kamu ?

tahukah kamu? Lukisan continuously variable transmission (CVT), telah dilukis oleh Leornardo Da vinci pada thn 1490

Setiap insan yang lahir didunia ni mempunyai BAKAT yang tersendiri sama ada sedar ataupun tidak. Sedarkah kamu BAKAT kamu tersebut?..kalaulah kita mengetahui bakat kita itu dari awal lagi pasti seseorang itu akan berjaya atau mencipta sejarah dalam hidupnya seterusnya menyumbangkan kebaikan berterusan kepada orang lain.. contohnyer semasa kita bersekolah dahulu pasti kita mempunyai kawan yang handal Melukis, lukisannya mengkagumkan kita seperti seorang dewasa berkarya tetapi kenapa akhirnya dia tidak menjadi seorang Pelukis? mungkin dia berbakat tetapi minat kesungguhan dan galakan tidak ke arah itu.
Pada pendapat aku keluarga di barat dari dulu lagi menitik beratkan perkara ni dalam pendidikan awal anak mereka. Di mana kecenderungan anak mereka disitulah mereka curahkan keringat dan wang ringgit demi masa depan anak mereka. ADAKAH Kamu bersetuju ?
Namun begitu keluarga di Negara ini yang mungkin berorentasikan pendidikan barat telah mempratikkan kaedah ini ke atas anak mereka, hasilnya ada yang berjaya mencipta sejarah dan ada jugak yang gagal terserlah.
Diceritakan mungkin seseorang berkelulusan Accountant tetapi pada satu malam dia tersedar bakatnya dalam seni fotografi dan terus mengasah bakat itu lantas terjun dalam bidang tersebut sepenuh masa, Ada juga yang berkelulusan kejuruteraan namun satu hari dia merasakan bakat memasaknya dihargai dan kemudian menjadi seorang Chef yang tersohor, atau mungkin seorang yang tidak berkelulusan tinggi tetapi dia tahu dari awal lagi bakatnya dan kemudian menjadi seorang Creative Director setelah bekerja dan mengambil pengalaman dari bawah.
Sampai hari ini aku masih mencari-cari apakah BAKAT aku sebenarnya, Adakah aku seorang yang pandai Menulis? adakah aku seorang yang pandai Berlakon....
"Berunding" seperti dalam filem The Negotiator....tetapi aku tahu aku memang berbakat "Berimagenasi" " Membongkar"...mungkin..........

6 comments:

en_me said...

me minat fotografi tapi bakat dalam bidang kompuetr ghitewww.. uhuhu

cikgu liza said...

masalah negara kita.. sistem pendidikan yang terlalu exam-oriented.. tuh pasal ramai yg tak sedar bakat dlm diri masing2.. contoh jerman.. dia dah kenal pasti kebolehan anak2 diorang dari kecil, contoh pandai bertukang so masuk la sekolah tukang.. tuh pasal techonlogy jerman salah satu yg power kat dunia..

takpela.. kita masih negara membangun.. pelan2 kayuh.. aku ni haa.. pelan sgt kayuh.. smpi tak tau pun bakat ape yg aku ada.. kecuali.. membebel.. :)

hang nadim said...

en_me> ohh mungkin en_me ada bakat yg lain seperti Menjahit ke? hehe

hang nadim said...

cikgu liza>..dlm sejarah saintis Jerman lah yang mula sekali Mencetuskan teknologi Roket...tak per cikgu..Hang Nadim suka dengar Cikgu membebel..

birU said...

salam..

teringatlak time zaman study2 kat uitm dulu2. i ambik elektronik. so, circuits ni cam kacang dan suka sangat . wat projek2 kecil dah biasa. tapi zaman study la, kena present dan ada markah kan.

now, zaman kerja x guna sgt. bukan tak minat, tapi peluang mcm kurang dah.
i minat gak menda2 ni
=)

hang nadim said...

biru> ye lah zaman belajar lain kan.. Kalau camtu Bolehlah menggodam benda-benda kat tempat kerja tu..Hehe