Aku dedikasikan blog ini untuk kampung Tanjung Kasau tempat kelahiran aku tempat aku dibesarkan, semoga kehadiran blog ini akan mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan dan Kampung Tanjung Kasau akan mencipta sejarah..terkenal seluruh Dunia
Monday, September 7, 2009
Kenangan Bas Ekspress Transnasional
kalangan pembaca mungkin ada kenangan masing-masing ketika menaiki Bas Ekpress, kenangan zaman belajar di Menara gading ataupun sesudah bekerja. Hari ini aku selitkan beberapa kenangan yang aku ingat. Pada tahun 1993 aku telahpun berada di Kuala Lumpur ni, Ketika itu Lebuhraya Utara Selatan belum siap sepenuhnya lagi... Tak salah aku Lebuh Raya yang boleh digunakan pada ketika itu ialah Ipoh-Changkat Jering... SATU-SATU bas yang terus ke destinasi ke kampung halaman aku Gerik Perak ialan Bas Ekspress Transnasional, tambangnya ketika itu rm16(kureng pasti). Perkhidmatan setiap hari hanyalah 2 kali sehari(perhatian tahun itu lah)Bas bertolak pagi dan malam.
Ketika itu aku duduk di Shah Alam, jadi bas yang sinonim dengan aku ketika itu ialah 222 KL-Klang dan Sri Jaya 224. Dari Shah Alam ke Kuala Lumpur tambangnya rm1.40 kot destinasi ke Bas Stand Klang (seberang central market). Dalam perjalanan dari Shah Alam ini kalau bernasib baik dapat lah duduk dengan awex itm, kpp ker.....sembanglah kelentong laa lebih kurang kot-kot dapat no telepon ishh ishh.
Bila sampai Bas Stand Klang, selalunya aku berjalan sahaja ke Pudu raya tuu, jauh gak berjalan ni. Selalunya kalau balik ke Kampung aku ambik bas waktu malam, bas bertolak pukul 11.00 malam
Semasa lebuhraya belum siap rasa lamalah jugak nak sampai tuu, sebab ikut jalan lama. Selepas Lebuhraya dibuka perjalanan rasa lebih dekat sebab kalau malam ni tido sahaja...
Kenangan aku menaiki Bas Express ni, selalunya aku tengok driver atau pembantu mesti dalam setiap perjalanan ditemani oleh teman wanita..ada jer, hairan bin ajaib betul aku..
Kalau yang duduk berpasangan lelaki dan perempuan(tak taulah status mereka) itu kadang-kadang bunyi aneh jer....ishhh ishhh
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
19 comments:
Hang nadim.. Ish3.. Gatai naa.. Mintak number fon segala.. Takde ke yg sangkut smpi laa??? Hehehe.. =p
Saye naik bas ekspres boleh kira guna jari bape kali bilangannya.. Bkn manja atau gedik dn sbgainya, cuma fobia.. Walaupun tak penah accident bila naik bas lagik.. Ttap juge fobia.. Haha.. Kawan2 kata saye manje.. Dulu masa blaja kat UM, balik sure abah yg akan dtang amik dari Melaka.. Nak harap sy naik bas, dlam mimpi pn blum tntu.. Huhu.. =p
farhana> Dr.farhana zaman tu takde Hp lagi la, Awat hang fobia...tapi naik bas mini lagi gila, Bas dan penuh tapi Kelendan suruh naik lagi.....ish ishh
nak dok dgn awex jerr.. ehehe
dah lama tak naik bas....tingat zaman dolu2 selalu naik baik...hehe
salam hang nadim,
i pun dedulu2 time lum mampu beli keta, juga naik bas. mmmg transnaional gak la pilihanku. dari pantai timur, kemaman mesti turun kat pwtc kan, sekali sekala jerk pudu. time study2 kat shah alam pun sama. pernah duk sebelah pakwe mana ntah. macm2 hal. mat askar la, leh jer dia tido lentuk2 kat bahu kita? nak jerk menjerit, tapi sabo jerk. tolak dia ketepi. nak juga dia lentok sebelah kita? ishhhhhhhhh... tensen jerk.
ada macam2 gak la, hahhaha
jadikan semua tu pengalama dan pengajaran. now, dah berzaman tak naik bas pun, huhu
best kn naik bas express,blik kmpung..sayup je lg2 dngr lagu sudirman "balik kmpg" biasa la mcm2 gelagat penumpang dlm bas.hanya tuhan je yg tau. :)
aku doa kn moga2 tahun ni kemalangan melibatkn bas express dapat di kurangkn statitik nye.. amin.
kalau aku terpaksa nak bas express aku akan beli tiket yg sigle seat. tak mo dah duduk sebelah org. scary.
gua slalu disalah ertikan remaja nakal duduk beduaan. sedangkan gua dah kawen. *tunjuk N-card (kad nikah)
en_me> aku dah lama tak naik bas bersama awex nii
Posh76>..Posh kalau pernah Naik Bas mini mesti teringat betapa Gilayer Driver Bas, Mcm mana Mat Rempit bawak motor macamtulahhh caranya..
Lanz_evo9> Kemalangan Bas Express dlm musim perayaan memang tak dapat dielakkan, semoga tahun ni tak berlaku sebarang Tragedi
biru> kalau balik ke Pantai Timur, Lokasi dekat Hentian Putra, kalau sebelah Utara sekarang ni dekat Jalan Duta. Biru penah ada Orang lentok kat sebelah ke hehehe
jasrina> single seat ada kat depan kot, Mungkin BAS VVIP, La awat nak Scary..ish ishh
laki cikgu kimia> TEKANAN kepada pihak lawan laa camni, Bro aku takde lagi KAD tuuu...
wei....bas "PERaku"""......kot...
Tidak_DIkenali> AKu baru ingat...nama itu
amboi2... selama-lama naek bas tu, kenangan dok kacao awex sebelah yang diingatnya!!!! :p
* teringat gaks naek Transnasional balek TI
masmz> Cuba Beramah mesra nanti Orang kata sombong pulak...Bila nak datang Gerik Lagi..
tu larrr... nak kena masuk Belum Royal lar pulak lepas nih.....
Aishhh... teringat2 laksss pekasam kat Gerik nuh
MasMZ.> oooooo dah berapa kali kesana, Hang Nadim pun belum Masuk, suka makan pekasam yer, Sekarang ni KOMPLEkS PEMBUNGKUSAN PEKASAM dah siap, tepi jalan sebelah Kampung Kelantan,,dekat Tasik Raban
Beli kat rumah orang je.... Kpg Kasau ni agak2 belah mana erk? Dkt2 kpg Jong ke?
Masuk sempadan je ari2, baru sekali... :)
masMZ antoo pekasam... ekeke
MasMZ> Ada gak orang Kampung yg Buat Pekasam ni secara kecilan, tapi Yg Banyak Dekat KG KELANTAN tuu. Kg. Tanjung Kasau trademarknyer Air mineral tepi jalan, ramai Pengembara singgah ambik air tu, Dekat degan FELDA LAWin Utara.
Post a Comment