Monday, September 14, 2009

"ANDA BUAT ANDA DAPAT"

Itulah kata-kata Dato' UStazah Siti Norbaiyah setiap kali beliau memberi sedikit peringatan kepada kita, sebelum rancangan Buletin Utama...AKu tekan sikit.."ANDA BUAT ANDA DAPAT"
DIantara peringatannya ialah malam seribu Bulan, Di sini aku selitkan RAHSIA MALAM SERIBU BULAN..Malam Seribu Bulan ialah

Kelebihan malam 10 akhir Ramadan

sedar tidak sedar kita.. kiter dh masuk sepuluh terakhir ramadhan, di mana ader satu mlm yang saper beribadat pd malamnya akan di gandakan amalan selama 1000 bulan.. marilah sama² kita merebut peluang keemasan ini.............

Antara kelebihan malam 10 terakhir Ramadan adalah;

- Nabi Muhammad saw memperbanyakkan ibadat pada malam 10 terakhir Ramadan melebihi malam sebelumnya. Saidatina Aisyah berkata maksudnya;

“Rasulullah apabila masuk malam 10 terakhir Ramadan, Baginda menghidupkan malam (dengan ibadat), mengejutkan keluarganya (bangun beribadat), bersungguh-sungguh (dalam beribadat) dan uzlah (mengasingkan diri) daripada isteri-isterinya.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

- Pada malam 10 terakhir ada satu malam yang dinamakan Lailatul Qadar (malam yang mempunyai berkat dan keistimewaan yang banyak).

Pada malam inilah diturunkan al-Quran seperti firman Allah bermaksud:

“Sesungguhnya Kami menurunkannya (al-Quran) pada Lailatul Qadar” (Surah al-Qadar, ayat 1)

Ibn Abbas berkata : “Allah menurunkan al-Quran sekali gus dari Al-Luh Al-Mahfur ke Bait al-E'zzah yang terletak di langit dunia. Kemudian ia diturunkan secara berperingkat-peringkat kepada Rasulullah selama 25 tahun.

- Lailatul Qadar disifatkan lebih baik daripada 1,000 bulan. Perkara ini seperti firman Allah bermaksud : “Lailatul Qadar lebih baik daripada seribu bulan.” (Surah al-Qadar, ayat 3)

- Malam ini juga disifatkan sebagai malam berkat, firman Allah bermaksud: “Sesungguhnya Kami turunkannya (al-Quran) pada malam yang diberkati.” (Surah al-Dukhan, ayat 3)

- Pada malam ini juga turunnya malaikat. Malaikat turun bersama-sama berkat dan rahmat Allah yang dikhaskan untuk malam ini.

- Ditetapkan umur, rezeki dan ajal manusia. Firman Allah bermaksud : “Pada malam itu (Lailatul Qadar) dijelaskan segala urusan yang penuh hikmah.” (Surah al-Dukhan, ayat 4)

Maksud ‘urusan yang penuh hikmah’ adalah pada malam itu Allah menentukan umur, rezeki dan ajal manusia.

- Allah mengampunkan hamba-Nya yang menghidupkan malam itu dengan penuh rasa keimanan dan pengharapan.

4 comments:

Farhana said...

Hang nadim.. Ayat dia pendek jek kan. Tapi pnuh makna trsirat, tsurat.. Huhuhu.. Hang nadim, anda buat anda dapat.. =)

ell_jay said...

nice.... anyway daku masih tak layak... :(

POSH76 said...

Alhamdulillah tinggal baper hari ajer kan...

Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin

hang nadim said...

Farhana> Doctor...kalau tak buat tak dapat lah yer, Selamat hari raya

Ell_JAY. kita hanya mampu melaksanakannya, terpulanglah kepada YANG ESa menentukan

POSh> selamat hari raya gak...baju melayu pun tak beli lagi ni...ishh ish