Thursday, September 3, 2009

RESEPI DAGING DENDENG


Salam kepada semua, aku rasa ramai yang kurang tahu cara nak memasak resepi ini. sebenarnya ini bukan 'Daging Dendeng' biasa. Dengan ikhlas dan rendah diri aku kongsikan cara membuatnya dengan penuh kasih sayang tanpa sedikit pun kurang...Kalau nak memasaknya/ BEGINI CARANYA

BAHAN-BAHAN : DAGING 2KG (ikutlah berapa banyak nak masak)
CILI KERING (Blender agak-agak rm 2)
BAWANG BESAR/BAWANG KECIL 1/2kg
HALIA - seulas yang besar
BAWANG PUTIH- 20 biji yang telah dikopek
KICAP MANIS- 1/2 botol kecil
ASAM JAWA- mankuk kecil
GARAM/GULA/PERASA (campak pelan-pelan jangan terlebih jangan terkurang)

NOte: resepi ni amat leceh sekali dimasak, renyah sungguh pekerjaannya. Kesabaran amat penting sekali

LANGKAH (1) : Rebus daging tadi sehingga hempuk, kemudian potong NIPIS NIPIS, kemudian tumbuk dengan lesung batu (seround dua..tak puas ati tumbuk lagi)
PANASkan minyak goreng seketika daging yang dipotong (peringatan goreng sekejap je)

LANGKAH (2) : Bawang, halia, bawang putih dipotong halus-halus. PANASKAN minyak kemudian goreng sehingga kekuningan (goreng berasingan)
Angkat dan letak di atu tempat.

LANGKAH (3) : AKHIR Sekali panaskan minyak (minyak goreng bawang tadi masih elok kan) MASUKKAN CILI yg telah diblender, masak sehingga pecah minyak (sabar yer)..
Kemudian masukkan garam, gula, Kicap lemak manis. (rasa dulu mantap tak) masukkan air asam jawa tadi..

AMBIK daging tadi gaulkan bersama-sama. KEMUDIAN barulah masukkan Bawang,halia,bawang putih yg digoreng. Kacau seketika biarkan api perlahan.

NAH...resepi dah siap Boleh dihidangkan.....terima kasih...


14 comments:

cikgu liza said...

hehheeee.. masakan org perak ni!!.. kita tau le.. kita asal org tapah.. hehheeeee..

hang nadim said...

cikgu liza> Ohh orang Tapah rupernyer

Azleena said...

Ohh... Salam Hang Nadim...

emmm... macam nak try ni...
resepi Perak ek...

Nampak bez...tak susah sgt rasenya ....semua menu nak kena sabar menanti masak..baru sedap...

hang nadim said...

Azleena> waalaikumsalam...memang sedap daging dendeng ni

Idris Talu said...

Masakan Dendeng ni ada pelbagai resepi, ikut dari mana orang tu datang. Yang datang dari Minang, cara Minang, yang datang dari Rawa, cara Rawanya. Di Ipoh ada beberapa Restoran Minang yang buat dendeng, tapi tak serupa yang di Sumatra sana.Coba lihat di sini:
http://www.west-sumatra.com/index.php?option=com_ybggal&Itemid=27&pdisp=latest&picid=538
Ini pure Minang punya dendeng.
http://idristalu.blogspot.com/

hang nadim said...

Idris Talu> Salam Tuan Haji terima kasih datang ke blog saya, Hari Raya nii Beraya kat Gerik Kat Belah Mana..kalau singgah ambik Air mineral mai ler ke Rumah.

Missfasha said...

ooo begitu masak daging dendeng ni...

hang nadim said...

miss pasha-macamni laa nak memasak daging dendeng yg betul, tapi leceh sikit...jarang jumpe dendeng yang saya tulis ni, takpe nati free ade kesempatan saya bertau lebih detail lagi...terima kasih

hang nadim said...

miss pasha-macamni laa nak memasak daging dendeng yg betul, tapi leceh sikit...jarang jumpe dendeng yang saya tulis ni, takpe nati free ade kesempatan saya bertau lebih detail lagi...terima kasih

Anonymous said...

Akm klu x letak air asam jawa x blh ke?

Anonymous said...

boleh cuba...tkasih sudi kongsi resepi...

hang nadim said...

Tak Bernama- kena letak ajer air asam tuuu sebab nak caver kepedasan cili tuuuu...bole jugak kalau tk letak...terima kasih melawat blog nii

Anonymous said...

T.kasih resepi, nak cuba sbb anak suka makan.. apa menu sampingan yg boleh dipadankan dgn daging dendeng ni?

princess sally said...

Salam...mcm best je...nk try la mlm nie