Kejadian Rompakan BANK Di DAMANSARA UTAMA..2 tahun lepas
HARI ini aku nak bercerita sejarah "UPTOWN DAMANSARA UTAMA". Tempat sebenarnya UPTOWN yang satu ketika dulu pernah tersohor satu Malaysia. Aku ingat lagi mengikut satu laporan akhbar tempatan transaksi peniaga-peniaga 'Pasar malam UPTOWN' ketika beroperasi mencecah hampir puluhan juta ringgit terutama sepanjang bulan Ramadhan ni.. Hari ini nama 'Pasar Uptown Damansara' hanya tinggal sejarah. Kemudian Pihak-pihak berkuasa tempatan yang lain meniru konsep 'PASAR UPTOWN'.Maka Lahirlah Uptown Danau KOta,Uptown Kota Damansara, UPtown Subang, UPtown Shah Alam, Uptown Velodron dan entah kat mana lagi. aku tak pasti.
Pada tahun 1996 ketika aku bekerja sebagai "pelukis Grafik" disitu, kawasan ini belum lagi dikenali UPTOWN cuma ada gerai mamak, cina, tomyam sepanjang jalan berhadapan Balai POlis berdekatan.
Apabila Bangunan UPtown 1. 2. 3 .4 hampir siap dan bangunan Uptown Hawkers Siap sepenuhnya, gerai-gerai telah dirobohkan dan mereka dipindahkan ke UPtown Hawkers. Mula-mula setahun tu memang la sepi, kemudian apabila kehadiran peniaga VCD haram didepan UPtown Hawkers tempat ni mula manjadi tumpuan. Pada zaman itu VCD memang menjadi kegilaan ramai. Tidak lama kemudian Pihak berkuasa Berkenaan Membanteras Peniaga VCD haram ini.
Keadaaan dan peluang ini dilihat oleh beberapa peniaga Bander/pakaian terpakai dan pasar malam, pada mulanya beberapa kerat sahaja peniaga. Setahun demi setahun penuhlah sepanjang jalan dengan gerai yang menjual anika barangan bak kata "MACAM-MACAM ADA".
Dan kemuncaknya berbagai masalah jenayah, sosial mula timbul dan kerap berlaku. Penduduk sekitar mula menyuarakan rasa tak puashati dengan saluran surat rasmi dan melalui media massa.
Pernah satu ketika itu 'Pasar malam Uptown' yang mula beroperasi pada pukul 12.00 tengah malam, aku rasa dalam bulan ramadhan nilah .Gerai-gerai didirikan sepanjang-panjang jalan dihadapan rumah kedai disitu, pengujung semasa itu boleh TAWAF, manusia punyalah ramai. 'ramai-ramai berjalan'.
Dalam minggu ni mungkin rakan-rakan lama yang pernah melepak di UPtown Hawkers akan mengadakan Gathering berbuka puasa, dan selalunya kami akan melepak di "SALLEH's PLACE' uptown.
10 comments:
Salam Hnag Nadim,
Nak tanya, Pasar malam uptown damansara tu dah takde ke?.. *punyalah dah lama tak jengah2 ke kl, semenjak berhijrah ke negeri hang tuah ini... *
Jgn x tau, kat Melaka pun ada tempat di namakan Uptown tau. :)
Cik Skaf> dah 4 tahun tutup kot, tapi kat tempat lain ada la. Dengar cerita Kota Bahru pun ada Konsep asal Uptown ni tau...
meriah kannns..
trima kasih atas komen saudara. insya allah saya akan berusaha. doakan kejayaan saya.
aku x suka pegi uptown.
aku rsa uptown tu tmpat org jahat2.
hahahaa. keji x aku?
en_me> memang meriah masa tuu..kalau bulan Posa nak brjalan pun susah, ramai sangat org..
M.s abdullah> takpe nanti aku komen lagi
h.a.z.e.r.i.n > Ohhh mungkin ada kenangan kat sana kot, hahahaa..
pernah dengar ttg uptown nih, tapi i x pernah pergi la, apa lagi hanya beroperasi tengah2 malam buta? ekekkek...
mayb i ni bukan jenis sosial sgt. or mayb belum ada geng sampai boleh sampai kesitu. walo dah lama duk di kl, tapi tak pernah sampai. kehkehkeh
sekarang downtown pn dah ada ... heheh kat cheras slps HUKM before roundaboard ..
biru> hang nadim dah lama tak keluar merayau Malam, tapi merata dah pusing dulu-dulu. Biru dok mana ?
N.A.T.> Ooooo dah lama tak pergi kawasan tu, tapi tak Semeriah dekat Uptown Damansara dulu kan..?
Post a Comment