Tuesday, September 1, 2009

Selepas 52 tahun merdeka, Melayu sepatutnya kuat



Arikel ni aku ambik dari bahagian pendapat dalam akbar tempatan yang bertajuk "Selepas 52 tahun merdeka, Melayu sepatutnya kuat" artikel ni amat menarik dan mungkin sedikit sebanyak menyedarkan kita betapa pentingnya PERPADUAN..kalau sudi sila klik..SABAN tahun sambutan kemerdekaan dirasakan semakin kurang dirasai, apatah lagi tahun ini bulan kemerdekaan jatuh pada bulan Ramadan, jadi amatlah bertepatan jika ia disambut secara sederhana dengan menzahirkan keinsafan dan memanjatkan kesyukuran kepada Allah SWT.

Kita mungkin sering tertanya-tanya apakah erti sambutan kemerdekaan yang sebenarnya? Adakah sambutan memperingati kemerdekaan itu sudah cukup dengan kilauan percikan bunga api? Adakah memadai dengan kita mengalunkan irama-irama yang menyebut ‘kemerdekaan’? Adakah mencukupi dengan sekadar mengibarkan bendera dan meletakkan bendera di kereta masing-masing walaupun secara paksa rela?

Hakikatnya erti kemerdekaan menuntut setiap penduduknya memahami, menghayati dan mempertahankan kemerdekaan yang dikecapi di bumi berdaulat dahulunya yang dipanggil Tanah Melayu daripada tercemar dengan kerakusan kita sendiri agar generasi pewaris bangsa dapat memahami dan menilai erti sebuah kemerdekaan.

Walaupun saya tidak dapat merasai keperitan bersama mereka yang terdahulu memperjuangkan kemerdekaan, namun saya cukup berbangga dan bersyukur kerana dilahirkan pada tarikh keramat 31 Ogos, sekurang-kurangnya aura kemerdekaan itu dapat dirasai.

Namun apa yang menjadi persoalan berdasarkan isu-isu yang berlaku kebelakangan ini, tidak ada sebab untuk kita menolak daripada memikirkan di mana Melayu disaat kita meraikan kemerdekaan? Sepatutnya dengan kematangan 52 tahun kemerdekaan, orang Melayu menjadi bertambah kuat dan bersatu bukannya berpecah hanya kerana sedikit perbezaan ideologi.

Cuba kita fikirkan kenapa setiap hari di dada akhbar kita diseru untuk bersatu? maknanya cukup mudah iaitu adanya bibit-bibit perpecahan dan persengketaan, sama ada kita sedar atau buat-buat tidak sedar, tepuk dada tanyalah diri masing-masing.

Jika kita merasa risau dan bimbang tentang untung nasib bangsa Melayu, kita tidak akan pernah merasa jemu dan menyerah kalah untuk membangkitkan kesedaran serta menyeru bangsa yang hebat ini untuk bersatu.

Pelbagai resolusi, debat, seminar dan bermacam-macam lagi telah dicanang namun hakikatnya masih sama, adakah kita sudah berpuas hati dengan sekadar seorang dua saja bangsa kita yang terselit di celah-celah senarai orang terkaya?

Adakah cukup dengan seorang dua bangsa kita yang menerima pelbagai anugerah kecemerlangan? Hakikatnya kita perlu melahirkan lebih ramai jaguh di kalangan bangsa Melayu, tetapi di mana Melayu? Apa yang dibimbangkan, bagaimana untung nasib bangsa kita dalam jangka masa 10 atau 20 tahun akan datang? Adakah hanya Melayu akan tinggal nama saja? Kita perlu bangkit dari dibuai mimpi semalam.

Jika orang Melayu tidak bangkit dan berusaha, kita bimbang putaran waktu akan mempercepatkan kejadian yang amat kita takuti itu. Apa yang lebih dibimbangkan jika suatu hari nanti kita menjadi pedagang di bumi sendiri, lebih menakutkan jika kita menjadi ‘tetamu’ di rumah sendiri dan yang lebih merisaukan jika di saat kita membangkitkan bangsa Melayu ada di kalangan kita yang berkenduri besar atas apa yang berlaku.

Jika kita tidak memperjuangkan nasib bangsa dan kedudukan kita, siapa lagi yang akan ambil peduli?

Persoalannya adakan kita semua sedar di mana kedudukan kita sekarang ini? atau sekadar membiarkan apa yang berlaku kepada pemimpin yang ada? Ternyata tanggungjawab ini bukan terletak di atas bahu seorang individu sahaja tetapi setiap warga bangsa Melayu perlu memikul tanggungjawab agar segera bangkit dari lamunan memperjuangkan nasib bangsa.

Kita perlu tanya pada diri sendiri kenapa semua permasalahan ini berlaku? Kenapa kita dianggap lemah? Kita mudah melatah dan melenting apabila dicuit tetapi kembali berlembut apabila suasana sudah sejuk.

Sempena bulan Ramadan yang mulia dan penuh keberkatan serta bulan untuk menyambut kemerdekaan yang ke-52, atas dasar Melayu/Islam marilah kita bersatu. Kita perlu buang ego masing-masing, buang jauh-jauh ‘peperangan emosi’, hindarkan peperangan psikologi dan tolak sama sekali peperangan politik.

Sebaliknya ambillah kesempatan walau sedetik untuk duduk semeja bertemu empat mata di antara kedua-dua pihak untuk membincangkan perpaduan Melayu/Islam. Jangan sampai gajah dengan gajah berperang tetapi kancil yang tersempit di tengah-tengah.

Rakyat ternyata sudah ‘muak’ dengan apa yang berlaku. Pilihan raya demi pilihan raya mengajar kita betapa pentingnya erti sebuah perpaduan Melayu/Islam. Apa salahnya demi kerana sebuah penyatuan kita lupakan seketika sengketa remeh dan perbezaan ideologi sebaliknya bulatkan tekad untuk duduk semeja bertemu secara empat mata-mata dari hati ke hati. Percayalah bahawasanya seekor ular yang bisa menyusur akar tidak akan hilang bisanya.

2 comments:

CITY® said...

salam hang nadim,
i duk google2 gak nak cari info mat kilau nih, tak jumpa sangat kecuali dekat wikipedia.

dari citer2 ayah la, x tahu kisah benar or rekaan, atuk kami ada kena mengena dgn mat kilau nih. ayah pernah tunjuk gambo lama atok kami bersama mat kilau.

atok kami hilang @ ghaib di gua kemasek kemaman, ketika mencari baja kelawar. sampai sekarang , mmg tak ada kubur la kan. nenek kami org pahang, asal pekan. kata ayah, pernah jadi gundik? raja pahang. makna sebenar gundik tuh tak pasti laks..

atok kami bernama muhamad bin abdullah.

teringin tahu kisah benar kan kan
=)

hang nadim said...

Biru> Kalau nak tau cerita dulu-dulu elok sangat baca Hikayat Munsyi Abdullah, ceritanya mmg 'DALAM' pesal org melayu semasa tuu, Ohhh Biru ni keturunan orang HAndal ni.