Wednesday, September 2, 2009

Suasana Pasar Chow Kit Pukul 3.00 pagi

Petai Pun Berlambak kat sini

Semasa aku berniaga dulu hampir setiap malam aku akan pergi ke Pasar Chow Kit(kalau dari jln Ipoh selepas Hotel Brisdale belok kiri). Di Sini hampir semua keperluan untuk berniaga MAKAN dijual, dari berbagai jenis Ulam kampung hinggalah makanan frozen...Selalunya aku akan sampai dalam sekitar 1.00 pagi kalau terlewat mungkin dlm pukul 3.00(waktu ni dah sepi). Sebenarnya tak salah kalau datang awal dalam sekitar 8.00 malam, tetapi dalam waktu begini suasana agak padat dengan manusia yang datang dari segenap Ibu Kota, kalau waktu begini nak memandu kereta pun susah kerana jalan yang sempit dan satu lagi nak mencari Parking memang masalah besar.
Buat Pengetahuan semua peniaga disitu dikuasai oleh Orang Acheh, dari sebesar-besar kedai runcit, menjual sayur hinggalah kepada penjual telor Puyoh. Orang Acheh ni sebenarnya kalau diKawasan Lembah Kelang ni kebanyakkan kedai runcit dikuasai oleh mereka(orang cina pun kalah) mungkin daya tahan, semangat dan perpaduan diantara mereka sesama sendiri. Aku nasihatkan kalau nak membeli Ikan di Chow Kit tak payahlah harganya agak mahal bagi orang yang Berniaga.
Sebelum ke Sana aku terlebih dahulu membuat pesanan ringkas untuk membeli barang( ada lah beberapa kedai yang aku dah biasa), Cuma yang melambatkan kalau mencari barang runcit kering dan barang Frozen.
Rutin aku biasanya Solo sahaja, kenkadang aku ajak la kenkawan yang sudi nak mengikut, kalau teringin nak makan Nasi Lemak 60 sen tuu singgahlah dekat belakang Hotel tu. Sesekali pergi ke City Garden atau ke Kampung Baru dekat Pintu Gerbang mencari Nasi Dagang. Nasi Dagang lepas pukul 12.00 baru disediakan ...tak salah aku lah...

10 comments:

Cahaya Yang Riang Gembira said...

Hang nadim.. Kembali lagi.. Heehee.. Wah.. Berniaga ape tu dolu2??? Huhu.. Rajin sungguh hang nadim ke pasar secara SOLO.. Tapi kenapa SOLO yek??? Hurrmmm.. Trtanya juga.. Haha.. =p

Anonymous said...

ada lg ke nasi lemak harga 60sen?

eedany said...

hi hang nadim...

kat Sabah jarang jumpa orang jual petai.
pernah makan petai tapi jaranglah.

:)

Unknown said...

Apa yg bess kat chow kit ni ulam2an sumer segar bugar & cheap termasuk ler buah2an..kan..lama tak p...

birU said...

salam hang nadim,
dah lama saya tak ke chow kit..
dulu2 pernah juga, walo tak berapa suka
selain padat, jam , suasana kotor ( maaf, kalo ada yg tak setuju), mmg ramai org2 asing sangat. i pernah ikut kawan, dan pernah makan digerai2 kat situ, dan i rasa itu lah kali terakhir i makan disitu. setakat jalan2 kat psar nak beli buah2 or lain2 mayb okay. tapi sesak, heeee..

petai i makan , tapi tak selalu n tak ajar sangat. ulaman2 lain i suka, huhu

hang nadim said...

Farhana> Dulu HAng Nadim buat Bisnis Makan ler, Solo ler sebab takde yang menemankan lagi sapa nak pe pagi Buta. Mmg Rajin...

Jasrina> Tahun lepas ada lagi nasi Lemak 60 sen tu skrang mungkin 70sen, tapi kalau nak lauk Memang macam-macam ada..lain harga ler.

hang nadim said...

eedany> sambal tumis petai laa.. paling sedap didunia..makan petai mesti ada sambal...

Posh76> Pasar Chow Kit nii tempat peniaga warga kota mencari kelengkapan, tapi kalau nak beli Kuantiti yg banyak elok la ke PASAR Borong Selayang.

hang nadim said...

Biru> suasana kat situ memang padat kalau awal malam, sebab tuu Hang Nadim pegi Lambat. Tak penah makan kat kawasan tu pergi kat seberang Kampung baru ler byk pilihan.

Putra Azzahir said...

aku tgk arbok je kalu g situ hahaha .. mcm aishwra rai pn ade .. haha

hang nadim said...

putra azzahir. ...dulu aku pusing-pusing gak,,,tapi lalu jer make sure pintu dikunci