Friday, October 30, 2009

Laporan Bos Besar

salam sebenarnya cerita ni telah dipaparkan dalam akhbar tempatan minggu lepas. Dalam laporan ni menggambarkan kelemahan perbelanjaaan yang melampau dan membazir. Dalam laporan audit tu ada jugak Kes seperti Komputer yang berharga Rm9000 boleh dinaikan menjadi rm84,000 , memang tak masuk akal sekali....

BILA aku baca laporan tu lebih kurang banyak pembaziran yang dilakukan. Tapi sebenarnya bagi mereka yang menjadi pembekal atau Kontraktor kerajaan faham sangat permainan ni. Sebenarnya dah tak boleh nak betulkan lagi kalau buat betul-betul maka tak dapat kerja la nanti.
Aku rasa laa yang selalu mendapat habuan yang paling besar ialah 'pegawai yang yang bertanggungjawab' yang menandatangani PO tu, entah laaa. Kadang-kadang yang buat kerja bagai nak mampus ni dapat secepuk jerr, yang tugas sain lagi banyak ish ishhh.

Nanti aku tambah lagi

5 comments:

jijah montel said...

hang nadim.. kat sekolah pun ada kes gini.. bayang kan reket badminton yang kat kedai cuma harga 60-70 jadi 200 dlm invois.. bila la tanya pihak sekolah.. memang harga mcm tu.. dia kata kedai tu yang letak harga.. ke mana sebenarnye duit tu ntahlah..

masMZ KaKiJaLaN said...

alamak tak paham larr apasal leh jadi mende2 gini... deme ni tak ghiso makan duit haram ke?

Sayap Biru said...

best sunggunh penekanan yang hang nadim bagi ... "yang yang" ishk ..ni memang betul2 tekan nie ...

benar tue.. depa ni nak kene org mcm kiter gantikan baru jadik kut ... berangan jap ..paling penting adalah bhagian pentadbiran & kewangan.. napa tak periksa betul2?.. tak pernah g shopping ka?? (ops!! memang kene lekat plaster jari ni nnt!!!)

al-lavendari said...

laporan audit tahun lepas pun katanya nak di siasat dan di ambil tindakan. ni dah keluar laporan baru pulak. bila nak selesai ?

hang nadim said...

cik Jijah> Aku tahu duit tu pergi mana, nak buat taman kat Sekolah kot, atau nak buat modal pergi rombongan Cik Kiah Ke Manchester ke....entah laaa muskil kan...

Mazs> aku pun tak tahu kalau aku jadi ORANg itu mungkin jadi macam tu bila keadaan peluang berada didepan Mata, Manusia akan berubah bila berkaitan Duit ni...Mazs bila nak Keluar sama ? opsss

N.A.T..> salam nati....paper semalam muka depan tahu, tapi semua tu WAYANG sahaja..percayalah...Kalau Nak Barang Murah kan pergi JAlan Pasar segala mak Nenek ada kat sana....mcm-mcm ada.

lavendari> salam bos...sebab ramai nak Makan, masyukk...