Sunday, October 25, 2009

Masjid Lama Kampung Kenayat


melalui jalan ni nanti jumpa la Empangan Temenggor, nampak dari tepi Lebuh Raya Timur-barat Gerik-Jeli Orang awam tak boleh masuk..boleh tengok jer lah..

Gambar Empangan Temenggor 30 minit dari kampung aku

salam.... sebenarnya aku jumpa gambar tapak masjid lama dekat kampung aku...Masjid baru nanti aku cuba cari gambarnyer yerr, memandangkan blog ni aku dedikasikan pada kampung aku, sesekali kenalah aku wal-walkan cerita-carita yang boleh aku gambarkan betapa cantik dan indahnyer kampung aku, barulah nanti bila pembaca berkesempatan di Daerah gerik, hati pun berkata "ohhhh ni Kampung Hang Nadim tuu.. Kampung Tanjung Kasau....

PADA hari ini aku nak kisahkan masjid ditempat aku ni, nama masjid ini masjid al-ahmadiah terletak dikampung kenayat. Tapi sebenarnya kampung kenayat ni cuma 500m dari kampung Tanjung Kasau rasanyer, masjid ini aku rasa telah berada di situ sejak tahun 50an lagi, mengikut cerita yang aku dengar tanah masjid ni telah di wakafkan oleh seorang peneroka asal kampung kenayat yang dikenali Tok Nebang tak silap aku(kalau salah tlg betulkan) .Pada tahun 2003 masjid telah didirikan semula dengan wajah yang baru hasil sumbangan seorang tokoh korporat dari Kuala lumpur. Namun kegagalan kontraktor yang bertanggunjawab telah menyebabkan masjid ni telah terbengkalai selama 2 tahun. Namun beberapa tahun lepas masjid ni gah dan siap sepenuhnya dan menjadi tumpuan jemaah dari kampung kenayat dan tanjung kasau, tapak asal masjid dengan kubah asal boleh dilihat didepan masjid. Di sebabkan masjid ni betul-betul berada di tepi jalan persekutuan, masjid ni menjadi tumpuan dari pengembara dari pelbagai pelusuk. Dari pengetahuan saya masjid ni telah didermakan tan sri shamsuddin kadir atas nama allahyarhamah isterinya puan sri sapura. Dari sumber yang aku selidiki Tan Sri shamsuddin kadir ialah bekas ketua pengarah telekom sebelum di swastakan, selepas beliau bersara dengan rakan baiknya Datuk Rameli musa pengasas ingress (merupakan penyokong kuat anuar ibrahim satu ketika dulu). Mereka menjadikan sapura sebuah syarikat telekomunikasi yang disegani dan menjadi vendor kepada syarikat besar. Bidang spare parts, pengangkutan, teknologi maklumat kepada kementerian pertahanan merupakan bidang mereka. Kini Tan sri telah bersara diambil alih oleh anaknya datuk shahrir shamsuddin. Sapura juga telah di anugerahkan lesen telepon cellular 017 dan menopoli telepon awam dengan jenama Uniphone pada satu ketika dulu. Ketika penstrukturan Renong mengambialih uniphone dan 017, Sapura mendapat sejumlah tunai yang besar. Dan ketika Renong hampir muflis sapura telah membeli unit oil and gasnya CREST dan diberi nama Sapuracreast Petroleum dan kini menjadi pemain besar dalam bidang minyak dan gas di malaysia. Tan Sri shamsuddin kadir telah berkahwin kali kedua beberapa tahun lepas dengan seorang wanita dari Iran yang cantik dan merupakan seorang eksekutif kanan. Kekayaan tan sri sukar aku gambarkan, dipercayai beliau juga mempuyai sebuah kapal layar di beri nama AL-Khaliq yang berharga puluhan juta. ohhh kaya kaya....terima kasih tan sri.

Laaa per pulak aku merepek ni

9 comments:

iza~de~bintang said...

Lama dah tak lalu lebuhraya timur -barat, last skali masa ambil adik di KT. Saya suka singgah kat hentian rehat yang atas gunung tu, cantik sangat pemandangan banjaran gunung. dan hentian kat ulu lenggong. Ada masa teringin nak cuti2 area situ :)

p/s : teringat filem SARA yang rakamkan keindahan tasik belah2 situ

al-lavendari said...

gambar awan yang terapung-apung dengan dilatari gunung ganang dan langit yang membiru ... sunggung indah, menakjub dan mengasyikan mata memandang. alangkah indah nya ciptaan tuhan. Subhanallah !

N.A.T said...

hang nadim nie ... nak citer pasal masjid di kampung ke .. nak citer pasal tan sri nie ... huhuhuhuh ...
mcm lari jer ... erm sok saya nak berjogging r ...

Idris Talu said...

Hang Nadim,

Kadangkala saya singgah jugak di masjid Kg Kenayat ni, terutamanya semasa bertukar ke Ipoh 1991 dahulu, sedangkan isteri dan anak-anak masih di Gerik. Rakan baik saya, cikgu Zainal Shamsuddin pun asal dari sini jugak.

ez said...

cantik awan tu..tu da touch up ek pakai photoshop ek?heheh

blueCITY said...

salam hang nadim,

saya suka berjalan jauh2, suka drive jauh2, kerana saya suka nikmati permandangan2 semula jadi yg indah, sejuk mata memandang. apa saja, suasana kampong, sawah, gunung, bukit lagi saya suka. saya jarang dapat pergi kesuasana mcam tuh. saya suka sangat2
heeeeeeeeeee

Mak Su said...

cantik pemandangan :), subhanallah

hang nadim said...

iza-ade-bintang> Saya rasa filem tu dibuat kat tasik Raban..dekat-dekat situlah, nanti kalau ade kamera saya akan merakamkan pemandangan sekitar...nak bercuti dekat Gerik ker...bagus-bagus

Lavendari> cantik gambar pemandangan Awan tu kan yang di photoshopkan....kalau gambar biasa tak laa nampak macam tu, kalu lavendari sampai dekat Banding mcm sampai kat sebuah daerah Switzerland, masa dlm Kereta laa dah sampai takder pe pe pun hehee

N.A.T> salam ...saya rasa pun memang lari dari Tajuk tuu, tapi takper lah nanti saya akan detailkan lagi pesal kampung saya. Nak join jogging skali laaaaaa...

Ez> salam ez memang gambar tu menggunakan teknik pertindihan, gambar tuu saya cilok laaa hehee

Bluecity> salam...saya memang merasakan Biru sukakan Kedamaian, keindahan, kecantikan. Almaklum laa nama pun BIRU...tempat saya Kebun Getah ada laa, Bendang dah takdak lagii...nak belajar Menoreh boleh laa..

Idris_talu> salam Tuan Haji semoga sihat disamping Keluarga. sebenarnya Cikgu Zainal tuu pangkat saudara dekat jugak sekarang dia dah bersara, baut kebun kot...lama tak jumpa dia

Mak_su> cantik kan pemandangan ditempat saya ni....singgah la nanti

Azleena said...

Salam...
Hai Hang Nadim...

Lama tak masuk blog awak..
emm... tetarik dgn kisah masjid Kg Kenayat ni....

Naper?? Coz baru ni, pada 24 hb 10 saya n famili pi kenduri kat Kg Kenayat tu. Org kg tu, adik kawan saya ex SMK SIS juga, dia kahwin ngan org Papar, Sabah... depa dua keja kat Putrajaya (PTD) .

Rumah diorang ni dkt sangat ngan masjid Kg Kenayat.... saya pun ada singgah masjid tu, masjid baru dah kot kan??? Langsung datang sana, pusing-pusing gak lah...

Tanjung Kasau tak sampai lagi... dekat ek dgn Kenayat??

Nanti saya jejak kat bumi Tanjung Kasau tu, saya akan roger kat blog awak...

Jumpa lagi...