Saturday, November 21, 2009

macamana Nak tahu Arah Kiblat


Kaedah melihat matahari terbenam tidak tepat

SUDAH semestinya umat Islam perlu menghadap Kaabah yang menjadi kiblat apabila mendirikan solat dan ketika dikebumikan selepas meninggal dunia.

Walaupun dengan kedudukan Kaabah di Makkah menjangkau ratusan ribu kilometer, menetapkan arah kiblat sebenarnya tidak menjadi persoalan kerana ilmuwan Islam benar-benar menguasai ilmu falak untuk menyelesaikan masalah itu sekadar berpandukan kedudukan cakerawala seperti bintang dan matahari.

Bagaimanapun, kekurangan orang Islam yang benar-benar memahami ilmu falak ketika ini menimbulkan persoalan bagaimana untuk menentukan arah kiblat yang tepat.

Ini kerana, ada umat Islam masih menggunakan kaedah menentukan kiblat berpandukan arah matahari terbenam, sedangkan cara itu tidak tepat dan salah di sisi Islam kerana hanya dua hari dalam setahun arah kiblat boleh berpandukan kepada arah matahari terbenam.
ketepatan arah kiblat bukan sesuatu yang boleh dipandang ringan kerana biarpun cuma satu darjah terpesong ia bersamaan kira-kira 125 kilometer tersasar dari arah Kaabah.

Menyedari kesilapan itu, sewajarnya umat Islam di seluruh dunia tidak lagi menentukan jadual atau takwim solat, waktu berbuka puasa dan hari raya berpandukan kaedah matahari terbenam. Malaysia sudah tidak lagi menggunakan kaedah ini, sebaliknya berpandukan ilmu falak syarie seperti yang ditetapkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).


INFO: Cara mengukur arah kiblat

Hanya boleh menggunakan kaedah matahari terbenam pada 28 Mei jam 5.16 petang dan 16 Julai jam 5.28 petang setiap tahun
Dirikan objek lurus seperti tiang di tanah lapang dan rata
Pastikan ia tegak dan lurus. Bagi menyemak ketegakan tiang, letakkan tali yang diikat pemberat pada hujung tiang
Tempat yang dipilih tidak terlindung sinaran matahari
Semakan perlu dibuat tepat mengikut waktu yang ditetapkan Sirim seperti waktu televisyen dan radio. Oleh kerana fenomena itu berlaku pada waktu petang di Malaysia, bayang tiang akan jatuh ke arah timur. Dengan itu, arah kiblat ialah yang menghadap barat.

3 comments:

cik jijah said...

tak silap lah kan.. bila malam ada 3 butir bintang yang bersusun menghala arah kiblat.. tapi kalau mendung.. memang tak nampak la..

blueCITY said...

salam hang nadim,

betul gak, tapi kita org ramai tak ramai yg tahu, mana2 org2 yg cerdik pandai islam kat malaysia nih. umumkan lah pada semua umat, itu gunanya ustaz2 , pemerintah islam kan.

pernah kawan saya, kak lini kata kiblat dah ubah sikit, dia mmg guna kompas selalu.
saya ada sedikit konpius gak.
hmmm

hang nadim said...

cik jijah> masa bila agaknyer bintang tu muncul yerr...tak balik kampung ke Cikgu ?

bluecity> biru saya rasa mungkin nanti akan ada teknology atau gadget nk tau arah kiblat ni tapi mungkin diorang masih dok try lagu mana....