Aku dedikasikan blog ini untuk kampung Tanjung Kasau tempat kelahiran aku tempat aku dibesarkan, semoga kehadiran blog ini akan mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan dan Kampung Tanjung Kasau akan mencipta sejarah..terkenal seluruh Dunia
Monday, November 23, 2009
Selera kepada Kedondong, bunga Ros, Roti dan Susu
Besarnyer Baby ni yang dilahirkan seberat 6.15kg, menurut berita Selera Aisha Bee Yassin hanya tertumpu kepada kedondong, bunga ros, roti serta susu.
Wanita itu tidak menyangka hasil pemakanannya itu, dia dikurniakan bayi lelaki seberat 6.15 kilogram, dipercayai bayi terbesar yang pernah dilahirkan di negeri ini.
Malah, bayi seberat itu dilahirkan secara normal di sebuah pusat perubatan swasta di Alor Setar kira-kira pukul 2 pagi ini.
Menurut Aisha Bee, sepanjang kehamilannya, dia hanya menjamah nasi lemak setiap pagi untuk bersarapan dan amat gemar makan buah kedondong atau amra, bunga ros, roti serta susu.
''Saya boleh habiskan satu kilogram buah amra dalam sehari dan makan bunga ros merah dua hingga tiga kuntum dalam sehari,'' katanya.
Jelasnya, sewaktu melahirkan anak pertamanya yang kini berusia 13 tahun, bayinya itu seberat 3.9 kilogram manakala anak keduanya seberat 3.8 kilogram.
''Apabila sampai ke anak ketiga, berat bayi saya semakin bertambah iaitu empat kilogram dan anak saya yang keempat pula seberat lima kilogram.
''Yang kelima ini memecahkan rekod abang serta kakaknya iaitu 6.15 kilogram dan doktor menjangka jika saya mengandung lagi anak saya mungkin mencapai berat sehingga tujuh kilogram,'' tambahnya.
Dalam pada itu, suami Aisha Bee, Mohd. Ali Khan Razali, 41, berkata, dia sedikit terkejut apabila pertama kali melihat bayi lelakinya itu.
''Memang perut isteri saya agak besar dan saya ingatkan kami akan mendapat bayi kembar. Tak sangka pula bayi ini seberat 6.15 kilogram. Kelahiran bayi ini menceriakan lagi kehidupan kami sekeluarga,'' ujarnya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
8 comments:
subhannallah.. bocah ne gediiii.. tuh org jawa kata.. maksudnya budak nye besar.. besar betullll... hebat la kak aishah ni.. tak kira dia makan apa pun kan.. kuasa tuhan semuanya :)
kalau besar jadi 7 kaki tu..
besar nya baby..
seram plak i..
kedondong & bunga ros, sib baik I takde makan..heheh
ni bersalin normal ke
operate ni.??.
besor gilerr.. uhuhu
mana pulut kuning ilang lama nih?
cik jijah> salam cik jijah besaq betul laa baby ni kan, tapi anak anak dia semuanyer besaq laaa...rezeki namanyerr
taiping> nanti kalu dah besar elok train budak ni jadi ahli gusti kerr..
ella. salam...buah kedondong tuuu yang masam tu ker..kurang pasti laaa..u makan ape hari tuu Durian ker..? sebulan saya ulang alik ke JB baru abis pojek kat sana
seroja jingga> ermmm saya rasa dia bersalin normal laa...
MasMZ> salam mas ermm rindu kat saya ker hehehe....banyak tul dugaan bulan ni, ada ni cuma selalu outstation bulan ni
oh yerr rindu nyer kita... muahahaha :p
Post a Comment