Thursday, January 21, 2010

"Maafkan Natrah....."Begitulah Tajuk Surat ini


Salam..aku baca cerita ni dalam akhbar mingguan malaysia bulan lepas, bila aku baca rasa touching laa pulak, cerita seseorang yang menamakan dirinyer sebagai Natrah yang telah melakukan kesilapan besar dalam hidupnyer. Aku rasa cerita ni mungkin dapat menyentuh hati kita semua betapa besarnyerr kebesaran YAng Maha Esa. Semoga cerita ni akan menjadi teladan untuk kita semua. kisah begini.. Maafkan Natrah, Ina dan Aida...itulah tajuk cerita ini.
...."Pada 14 tahun yang lalu, saya dalah penuntut IPTA di selatan tanah air.

Saya lahir dari keluarga yang berada dan memiliki kereta sendiri. Senang untuk berulang alik dari rumah sewa ke fakulti. Lagak saya seperti pelajar pandai kerana penampilan saya cukup sempurna. Tetapi sebenarnya saya adalah pelajar yang lemah.

Saya mengaburi mata kawan-kawan dengan wang yang saya ada. Hanya untuk mempunyai ramai kawan.

Saya ada tujuh orang kawan di rumah sewa. Tetapi Ina dan Aida selalu menjauhkan diri dari saya. Saya dapat rasakan ada sesuatu yang disembunyikan.

Lagak Ina dan Aida seperti pelajar biasa pergi ke kuliah tetapi mereka pulang rumah pukul 10 malam. Apabila ditanya mereka akan menjawab ke rumah kawan membuat tugasan kuliah.

Akhirnya saya bersama kawan rumah sewa yang lain mengintip mereka berdua. Rupa-rupanya mereka membuat kerja sampingan di kedai dobi.

Saya sebagai ketua dan kawan-kawan lain bersubahat mengenakan mereka berdua. Saya telah merakam pergerakan mereka.

Kemudian saya dan kawan-kawan sebarkan cerita pada kawan-kawan lain di fakulti bahawa Ina dan Aida terpaksa bekerja di kedai dobi untuk menyara kehidupan mereka. Kedua mereka sangat malu dengan kenyataan yang lengkap dengan bukti gambar.

Kesannya kawan-kawan yang lain memulaukan mereka kerana takut diejek pekerja dobi.

Selepas tamat pengajian dengan pengaruh dan dan kuasa yang ada pada ayah dan ibu, akhirnya saya mendapat kerja dan berkahwin dengan jutawan.

Tetapi badai melanda kehidupan. Saya dikurniakan empat orang anak tetapi mereka cacat tangan dan bisu. Anak-anak selalu mengadu kawan-kawan di sekolah selalu mengejek mereka. Saya sangat sedih.

Keluarga saya, suami, mertua serta kawan-kawan mula menjauhkan diri. Saya sangat tertekan. Saya mengambil keputusan untuk menunaikan umrah.

Anak saya tinggalkan kepada pengasuh. Di sana Allah telah tunjukkan pada saya satu ketentuan.

Datang seorang lelaki peniaga tamar menyapa saya supaya berkongsi masalah dengannya. Saya akur dengan permintaannya.

Setelah menjelaskan masalah saya, peniaga terbabit bertanya kepada saya," Adakah suatu ketika dulu anak telah menggunakan tangan serta mulut untuk menjatuhkan atau menganiaya orang lain. " Jika benar pak cik rasa inilah balasan Allah atas perbuatan anak dahulu. Sebab itulah anak dikurniakan anak-anak yang cacat. "

Tetapi anak masih ada peluang untuk bertaubat. Pergilah memohon maaf pada sesiapa sahaja yang anak telah aniaya atau jatuhkan maruahnya. Sama ada kawan-kawan anak melakukan kesilapan atau tidak.

Anak tidak sepatutnya bercerita keaiban orang pada masyarakat atau orang lain. Selagi masyarakat atau kawan-kawan anak tidak memaafkan,selagi itulah Allah tidak menerima amalan anak," katanya.


Ya Allah, inikah balasan Mu terhadapku atas perbuatan menjatuhkan maruah Aida dan Ina dulu.

Setelah kembali ke Malaysia saya mencari Aida dan Ina tetapi tidak ketemu.

Maka diruang ini, saya ingin memohon maaf secara terbuka kepada Aida dan Ina, pelajar UiTM 1995, atas perbuatan saya menjatuhkan maruah anda berdua dahulu.

Tolonglah maaf kesilapan saya agar saya dan anak-anak dapat meneruskan kehidupan tanpa ejekan atau pemulauan daripada orang di keliling.

MAAFKAN NATRAH (NED)."

NATRAH BT. NAJMAN
Menara Jati, Kuala Lumpur

Begitulah cerita dari Natrah.. Memang sedihkan... So kita salinglah memperingati diri kita serta orang sekeliling kita ttg semua ini... Jadikanlah cerita ini sebagai ikhtibar..


6 comments:

Anisa said...

em
sedih

CITY® said...

salam hang nadim,

begitu la kehidupan
dunia ini bulat
kejab kita di atas dan
kita juga akan kebawah
so,
bila kita buat jahat pada org, nanti kita juga akan menerimanya pd org lain,

fikir2lah sendiri

Sayap Biru said...

izinkanlah saya mengopi paste nukilan kali ini .. mungkin dengan tersebarnya melalui blog juga .. akan membantu ned menjumpai ina dan aida ..

kasihan ..
namun mesti di ingat .. kita pun xboleh terusan berdendam .. mesti sentiasa memaafin setiap org sebelum tido .. Allah maha Mengetahui & Maha Pengampun ..

jijah montel said...

semoga beliau di rahmati tuhan.. agar dpt meneruskan kehidupan ini... bersama anak-anaknya.. :(

hang nadim said...

anisa> Saya pun sedih gak bila baca cerita ni, sebab tuu saya simpan artikel ni bila baca hari tuuu

Biru> ermmm biru, selalunyerr susah orang nak sedar kan...

N.A.T > alaaa copy jerr, saya pun orang punya, sebenarnya byk blog yg memuatkan artikel nii. NAt tak balik kampung ker raya cina nii...saya balik Gerik lagiii...

cik JIjah> salam apa habaq, saya teringin nak makan nasi Dagang laaaaa. kat Kampung BARU adeer laa tapi selepas 12.00 mlm kot..

jijah montel said...

lerrr... nasi dagang kelantan la sedap... nasi dagang ganung.. ikan tongkol jek.. hehehe