JAngan Sesekali tido camnii...
Seorang Doktor berkata rancang tidur dengan baik supaya tidak terjaga waktu yang pelik.... Maknanya untuk tidur malam, usah tertidur. Jangan baca buku dan terlena tanpa persediaan untuk tidur. Kalau hendak tidur, biar betul-betul bersiap sedia dan tidur hingga ke subuh, dan bangun dengan segar....Doktor yang memetik kata-kata daripada pakar pemakanan itu menyebut bahawa seseorang seharusnya tidur jangan lewat pukul 11 malam. Ini kerana dari pukul 11 malam hingga 3 pagi, badan seseorang sedang membuang racun daripada hati. Sementara dari jam 3 pagi hingga 6 pagi, badan seseorang membuang pula racun daripada buah pinggang.
Sebab itu, seseorang wajar tidur dari pukul 11 malam hingga 6 pagi supaya segala keracunan dalam hati dan buah pinggang dapat dibuang dengan sempurna....
Tidaklah diketahui sama ada kata-kata doktor ini benar kerana penulis pun tidak sempat untuk bertanya dengan mereka yang pakar dalam bidang ini. Ia kerana doktor yang menegur penulis ini adalah seorang doktor falsafah dan bukannya doktor perubatan.
Aku dedikasikan blog ini untuk kampung Tanjung Kasau tempat kelahiran aku tempat aku dibesarkan, semoga kehadiran blog ini akan mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan dan Kampung Tanjung Kasau akan mencipta sejarah..terkenal seluruh Dunia
Monday, February 22, 2010
Tuesday, February 16, 2010
Pulang Kolumpo pagi Esok
Aku balik kampung pagi Jumaat hari tuu, masa prjalanan balik belum lagi banyak kereta, tapi kenderaan agak bnyak gak...Polis dimana-mana ada, so tak leh laa nak memecut cuma sekadar line tengah jer, ermmm tapi best gak sebb minyak jimat.. Esok pagi-pagi aku gerak ke Kolumpo laa, semasa kat kampung ni aku tak gi mana-mana pun cuma bermain kat rumah jer, kebetulan ada Kenduri kecil-kecilan kat Rumah Ayah aku, jadi sebelum kenduri aku pun bersiap laa mana bole..cuaca kat kampung sekarang ni agak panas, dan sekarang musim gugur bagi pohon-pohon getah. Ermmm tapi semasa cuti ni aku dapat berhubung dengan seorang rakan lama masa sekolah dulu, kawan perempuan laaa....tak sangka betul laa. nati aku cilok gambar dia masuk dlm blog aku.
Friday, February 12, 2010
Aku dah Sampai kampung daaaa....
aku sampai kampung petang tadi, aku ingat nak balik semalam tapi tertido laa pulak.. ermmmm ada kenduri nii sambil.....menulis sekejap nanti saya sambung laaa
Tuesday, February 9, 2010
Aku Pun nak activate kan Facebook gak la
Aku sebenarnya dah lama dah bukak akaun ni Facebook ni tapi tak penah pun aktif...ermmm ... ermm
Sunday, February 7, 2010
Minggu Depan Balik Kampung Lagi
Tengah discus perr ni...?
salam...rasanyerr minggu depan semua orang akan bergegas balik kampung, almaklum laa cuti panjang sempena hari raya cina ni, sebenarnyerr kalau raya cina ni kat kampung meriah jugak, ramai gak Orang merantau ni balik...kalau tak balik rugi laa cuti panjang weiiiii... Bila balik kampung ni boleh laa jumpe sedara mara, kawan-kawan lepas tuuu mungkin ada kenduri kot, tapi aku ni kadang-kadang balik kampung ni....hari pertama tuuu seronok laa lepastu perasaan pun merasa amatlah bosan, ermmm maklum laa orang bujang heheehehehe

Monday, February 1, 2010
Aku Suka Di Puji...Semua ORang Pun Suka Di Puji
Potensi diri begitu unik sebenarnya. Ramai yang menyatakan potensi sebagai nasib atau tuah yang berlaku di luar kawalan individu. Sebenarnya potensi boleh dikesan, dipupuk seterusnya digilap untuk menghasilkan kejayaan yang cemerlang.
Melalui kekuatan dan kelemahan yang kita ketahui memudahkan kita membuat perancangan. Sebarang kesilapan perlu diperbaiki dan kekuatan wajar dikekalkan.
Individu yang gagal berkemungkinan tidak kenal dirinya sendiri. Sebaliknya, mereka yang terus mencipta kejayaan demi kejayaan faham dan tahu tentang kehendak diri .
Tidak dinafikan manusia memiliki sifat-sifat negatif, namun ia boleh dikurangkan. Apa yang penting ialah kita perlu mendalami diri sendiri, cuba melakukan terbaik dan seterusnya menerima diri seadanya.
''Untuk mencari potensi diri, pelbagai cara boleh dilakukan. Namun kepercayaan dan daya usaha menjadi pemangkin kepada kejayaan mencapai potensi diri. Begitu juga dengan tindakan yang menjurus kepada apa yang ingin dicapai mestilah selari dengan matlamat yang diimpikan.
LAFAZKAN KATA_KATA SERONOK
Sementara itu, seseorang itu perlu sentiasa melafazkan kata-kata seronok bagi memberi lonjakan semangat kepada diri, keluarga atau rakan.
''Mulakan melafazkan kata-kata seronok atau puji-pujian kepada pasangan atau anak-anak. Insya-Allah apabila sifat-sifat positif itu telah tertanam di dalam minda, maka kejayaan akan menyusul kemudian dan seterusnya kekayaan,'' .........
kata-kata pujian atau seronok memang agak susah untuk diterima. Bagaimanapun, kita harus memulakannya kerana inilah sebenarnya kunci kepada menaikkan semangat kita dalam mencapai kejayaan dan matlamat yang diimpikan.
''Selalunya, pasangan suami isteri dinasihatkan untuk menulis kata-kata seronok atau impian mereka. Contohnya suami buat kenyataan; saya kacak, saya kaya, saya berjaya. Buat dalam lima hingga 10 kenyataan. Isteri juga buat seperti; saya cantik, saya kurus, saya berjaya.
''Lepas tu tukar kenyataan-kenyataan itu. Suruh suami baring dan usap kepala dan baca kenyataan yang suami buat. Suami juga lakukan untuk isteri. Seeloknya buat sebelum tidur selama 21 hari.
LAKUKAN SELAMA 21 HARI.....ingat 21 hari yerr
''Kenapa 21 hari kerana kitaran lengkap sel di dalam minda lengkap selama 21 hari. Setiap sel ada ingatan kepada apa yang selalu diperkatakan atau diprogramkan. Sekiranya dilakukan selalu, insya-Allah apa yang dihajati akan menjadi realiti dan hubungan suami isteri lebih rapat, kurang bergaduh dan lebih memahami,''
Perkara ini boleh juga dibuat untuk anak-anak. Sebagai contoh, jika anak susah hendak mendengar cakap atau susah hendak belajar, dinasihatkan semasa anak itu tidur, usap kepalanya lalu katakan seperti dia anak yang baik, dengar cakap ibu, dia anak yang pandai dan kata-kata positif yang lain.
''Ramai ibu bapa silap jika anaknya nakal, dia cakap jangan nakal, psikologi itu tidak betul. Cara yang betul ialah kamu anak yang baik, kamu ini anak yang dengar cakap.
''Kenyataan positif ini penting sebab minda ini mempunyai berjuta-juta sel yang mengeluarkan bahan kimia yang dipanggil serotonin. Bila kita menyatakan perkataan yang gembira, serotonin ini akan mengeluarkan sel-sel yang padu yang boleh menerima kenyataan bagi disimpan di dalam minda. Waktu tidur dipilih kerana pada masa inilah alpha brain wave berada pada tahap tenang dan maksimum. Bila buat seterusnya selama 21 hari, anda akan lihat perubahannya.
''Jika tidak gembira, minda akan mengeluarkan ceretin. Bila keluar ceretin negatif, dia menarik situasi negatif. Sebagai contoh, bangun pagi dah terlambat, kelam kabut, pergi pula gosok baju, bocor pula, ada sahaja yang tidak kena sepanjang hari. Ini kerana bangun pagi pada frekuensi alpha, minda kita sudah negatif lalu akan menarik lebih banyak perbuatan menjadi huru hara.
''Sebab itulah kita kena bertenang, selawat untuk lebih relaks,''
BODAH, NAKAL DAN PERKATAAN YANG MENYAKITKAN HATI JANGAN DISEBUT
Kesan sekiranya disebut 'bodoh', 'nakal' berulangkali kepada isteri atau anak-anak turut akan tertanam di dalam minda mereka. Akhirnya mereka mengakui sendiri bahawanya mereka sememangnya bodoh dan nakal.
''Sebab itulah kita perlu berhati-hati dalam mengeluarkan kata-kata terutama pada anak-anak dan suami isteri kerana ia adalah sebahagian daripada doa,''

Subscribe to:
Posts (Atom)