Monday, February 1, 2010

Aku Suka Di Puji...Semua ORang Pun Suka Di Puji

Potensi diri begitu unik sebenarnya. Ramai yang menyatakan potensi sebagai nasib atau tuah yang berlaku di luar kawalan individu. Sebenarnya potensi boleh dikesan, dipupuk seterusnya digilap untuk menghasilkan kejayaan yang cemerlang.
Melalui kekuatan dan kelemahan yang kita ketahui memudahkan kita membuat perancangan. Sebarang kesilapan perlu diperbaiki dan kekuatan wajar dikekalkan.
Individu yang gagal berkemungkinan tidak kenal dirinya sendiri. Sebaliknya, mereka yang terus mencipta kejayaan demi kejayaan faham dan tahu tentang kehendak diri .
Tidak dinafikan manusia memiliki sifat-sifat negatif, namun ia boleh dikurangkan. Apa yang penting ialah kita perlu mendalami diri sendiri, cuba melakukan terbaik dan seterusnya menerima diri seadanya.

''Untuk mencari potensi diri, pelbagai cara boleh dilakukan. Namun kepercayaan dan daya usaha menjadi pemangkin kepada kejayaan mencapai potensi diri. Begitu juga dengan tindakan yang menjurus kepada apa yang ingin dicapai mestilah selari dengan matlamat yang diimpikan.

LAFAZKAN KATA_KATA SERONOK

Sementara itu, seseorang itu perlu sentiasa melafazkan kata-kata seronok bagi memberi lonjakan semangat kepada diri, keluarga atau rakan.
''Mulakan melafazkan kata-kata seronok atau puji-pujian kepada pasangan atau anak-anak. Insya-Allah apabila sifat-sifat positif itu telah tertanam di dalam minda, maka kejayaan akan menyusul kemudian dan seterusnya kekayaan,'' .........
kata-kata pujian atau seronok memang agak susah untuk diterima. Bagaimanapun, kita harus memulakannya kerana inilah sebenarnya kunci kepada menaikkan semangat kita dalam mencapai kejayaan dan matlamat yang diimpikan.

''Selalunya, pasangan suami isteri dinasihatkan untuk menulis kata-kata seronok atau impian mereka. Contohnya suami buat kenyataan; saya kacak, saya kaya, saya berjaya. Buat dalam lima hingga 10 kenyataan. Isteri juga buat seperti; saya cantik, saya kurus, saya berjaya.

''Lepas tu tukar kenyataan-kenyataan itu. Suruh suami baring dan usap kepala dan baca kenyataan yang suami buat. Suami juga lakukan untuk isteri. Seeloknya buat sebelum tidur selama 21 hari.

LAKUKAN SELAMA 21 HARI.....ingat 21 hari yerr

''Kenapa 21 hari kerana kitaran lengkap sel di dalam minda lengkap selama 21 hari. Setiap sel ada ingatan kepada apa yang selalu diperkatakan atau diprogramkan. Sekiranya dilakukan selalu, insya-Allah apa yang dihajati akan menjadi realiti dan hubungan suami isteri lebih rapat, kurang bergaduh dan lebih memahami,''

Perkara ini boleh juga dibuat untuk anak-anak. Sebagai contoh, jika anak susah hendak mendengar cakap atau susah hendak belajar, dinasihatkan semasa anak itu tidur, usap kepalanya lalu katakan seperti dia anak yang baik, dengar cakap ibu, dia anak yang pandai dan kata-kata positif yang lain.

''Ramai ibu bapa silap jika anaknya nakal, dia cakap jangan nakal, psikologi itu tidak betul. Cara yang betul ialah kamu anak yang baik, kamu ini anak yang dengar cakap.

''Kenyataan positif ini penting sebab minda ini mempunyai berjuta-juta sel yang mengeluarkan bahan kimia yang dipanggil serotonin. Bila kita menyatakan perkataan yang gembira, serotonin ini akan mengeluarkan sel-sel yang padu yang boleh menerima kenyataan bagi disimpan di dalam minda. Waktu tidur dipilih kerana pada masa inilah alpha brain wave berada pada tahap tenang dan maksimum. Bila buat seterusnya selama 21 hari, anda akan lihat perubahannya.

''Jika tidak gembira, minda akan mengeluarkan ceretin. Bila keluar ceretin negatif, dia menarik situasi negatif. Sebagai contoh, bangun pagi dah terlambat, kelam kabut, pergi pula gosok baju, bocor pula, ada sahaja yang tidak kena sepanjang hari. Ini kerana bangun pagi pada frekuensi alpha, minda kita sudah negatif lalu akan menarik lebih banyak perbuatan menjadi huru hara.

''Sebab itulah kita kena bertenang, selawat untuk lebih relaks,''

BODAH, NAKAL DAN PERKATAAN YANG MENYAKITKAN HATI JANGAN DISEBUT

Kesan sekiranya disebut 'bodoh', 'nakal' berulangkali kepada isteri atau anak-anak turut akan tertanam di dalam minda mereka. Akhirnya mereka mengakui sendiri bahawanya mereka sememangnya bodoh dan nakal.

''Sebab itulah kita perlu berhati-hati dalam mengeluarkan kata-kata terutama pada anak-anak dan suami isteri kerana ia adalah sebahagian daripada doa,''

5 comments:

al-lavendari said...

memang betul .. saya nak tambah sikit dalam konteks yang berlainan. saya pernah kena bodohkan 3-4 tahun lalu lantaran salah buat u-turn. sampai sekarang hati saya masih sakit lagi bila teringat ! jadi jangan sewenang2nya kata orang bodoh.

al-lavendari said...
This comment has been removed by the author.
CITY® said...

salam hangN,

saya malu bila dipuji
sebab saya rasa kurang yakin
atau
saya rasa saya tak layak?

cuma saya sangat terharu bila dihargai...

ada beza tak?
heeeeeee

hang nadim said...

hamzah abd hamid> dalam bab tuuu saya pun sama, walaupun saya selamba jerr bila org buat mcm tuu, tapi saya simpan dalam, satu hari nanti memang aku nak jugak buat mcm tuuu...aku tak kira..

bluecity> biru sekarang bertambah cantik laa...pakai aura tuuu :)

jijah montel said...

positive thinking... jangan sampai riak sudahla... :D