Monday, April 12, 2010

Aku Dan Kenangan


Selepas beberapa ketika Saudara Anuar Ibrahim dipecat, tiba-tiba muncullah gerakan reformasi dijalanan. Aku ingat lagi pernah Opis berkeja separuh hari apabila kedengaran satu rusuhan berlaku di KL, jadi bos suruh semua budak-budak balik awal, pada tahun tuuu kegawatan ekonomi pun berlaku. Kononnyer Pojek tak jalan pedahal diorang kenyang sampai muntah .Lalu disebabkan aku dan kawan-kawan ni tak pandai bodek kami diretrechkan lah, semenjak hari tu aku pun tak lagi la buat keja lukis Pelan-pelan tu, kemudian Pakcik aku pun mengajak aku berkerja denganyer, dia telah memulakan perniagaan restoran berkonsepkan Artis dekat-dekat pandan sana, aku pun ikutlah sekali kerja sebagai cashier dan waiter, aku ingat lagi sambutan pada bulan tuu, tak silap aku dalam bulan Puasa kot, fuhh ramai betul orang sampai tak dapat minum air pun ada, sebab kami yang control minuman kat situ...Mcam-mcam jenis orang. Pada permulaan tuuu ramai gak laa artis menyewa gerai untuk berniaga, lepas beberapa bulan hampeh. Masa tuu aku dah takder situ dah.. Untuk pengetahuan semua masa tuu rambut aku panjang laa melepasi bahu lama aku simpan rambut tuu u, aku dok cari gak gambar-gambar masa tuu takde la pulak.

Kenangan aku ketika tuu yang paling best ialah dapat mengenali yati, ell, ana, ita. Diorang masa tuu bekerja dengan opis pakcik kot sambil-sambil buat partime situ. Jadi aku laa yang ditugaskan menghantar dan mengambil diorang ni, Kawe tak kisah. Beberapa bulan lepas aku bermimpi berjumpa dengan diorang ni.....heheheheh tapi tak sangka pulak aku jumpa sorang ni dalam FB

2 comments:

masMZ said...

hang nadim, cinta lama berputik kembali ke?

hang nadim said...

salam Mas, mana ada semua dah kawen beranak pinak dah..saya kan ada cik Mas...ni nak belikan ikan pekasam ni camner nak hantar heehe