Sunday, May 9, 2010

Saudagar Besar Dari Kuala Lumpur


Aku rasa aku pernah baca cerita ni dulu, dah lama dah disini aku beri lebih kurang la sinopsis Novel ni, kisah begini....... Saudagar Besar Dari Kuala Lumpur mengisahkan tentang liku – liku kehidupan Encik Muhammad dalam menjalankan perniagaannya. En.Muhammad merupakan salah seorang dari pengarah sebuah firma perdagangan yang terkenal di Kuala Lumpur dan berkongsi dengan En. Tan serta Tan Sri Syed Aris. Encik Muhammad seorang yang bercita- cita besar dan telah membuka sebuah Ladang Orkid yang diuruskan oleh isterinya Cik Tipah dan merancang untuk membuka sebuah kawasan perlombongan di Lembah Tualang. Antara kampung terlibat ialah kampungnya sendiri iaitu Kampung Pulai.Encik Muhammad menghadapi masalah dan rintangan dalam memajukan Lembah Tualang sebagai kawasan perlombongan. Beliau terpaksa membeli tanah orang kampung dan memindahkan mereka ke kawasan tanah rancangan felda. Pada masa yang sama masyarakat memandang serong terhadapnya setelah tersebar khabar angin mengatakan rancangannya memajukan Jeram Medang sebagai pusat maksiat.

Rahim, anak Encik Muhammad yang belajar di luar negara turut menentang cadangan bapanya dan menganggap sebagai seorang pemeras , tamak dan zalim. Bagi mendapatkan sokongan anaknya , En. Muhamamad cuba merapatkan Mahani anak Tan Sri Syed Aris dan akhirnya mereka berkahwin. En. Muhammad Yusof, Wakil rakyat Lembah Tualang telah membantu Encik Muhammad menyelesaikan masalah penempatan penduduk Kampung Pulau ke Tanah Rancangan Felda.

Masalah Encik Muhamad masih belum selesai apabila rancangannya turut diganggu oleh Lebai Maarup salah seorang penduduk di Kampung Pulai. Lebai Maarup merupakan seorang anak muda yang mempunyai tanah di situ dan tidak mahu menjualkan tanahnya, sebaliknya ingin mewakafkanya. Rahim anaknya berjaya memujuk ayahnya supaya bersetuju dengan cadangan Lebai Maarup dan sebagai pertukaran, Rahim bersetuju menjadi pengurus syarikat perlombongan bapanya.

Tema yang cuba dibangkitkan dalam novel ini berkaitan dengan kebangkitan bangsa Melayu di dalam bidang perniagaan . Pada masa yang sama wujud kebangkitan pergerakan dakwah Islamiah dikalangan generasi muda dari dalam dan luar negeri.

Plot novel Saudagar Besar Dari Kuala Lumpur mempunyai lebih dari satu cerita yang ingin disampaikan oleh pengarang. Ceritanya mengenai cadangan En. Muhammad mengembangkan perniagaannya. Cerita kedua berkaitan perkembangan dan penerapan nilai – nilai islam yang dibawa Lebai Maarup , Imam Sahak dan lain- lain. Kepelbagaian plot yang digunakan pengarang menyebabkan ia tidak kronologi dan berlapis – lapis dan bercampur aduk dengan peristiwa lain . Struktur plot dalam novel ini bersifat moden yang terdiri dari lima tahap iaitu eksposisi , aksi menaik , klimaks , aksi menurun dan penyelesaian. Bagi memastikan cerita lebih menarik, Keris Mas telah memaparkan unsur konflik dalam novel Saudagar Besar Dari Kuala Lumpur. Konflik yang wujud dalam novel ini iaitu;
Konflik dalam diri watak yang diwakili oleh En. Muhammad dengan penduduk Kampung Pulai dan Konflik di antara Mahani dengan Rahim.
Konflik antara manusia dengan manusia contohnya Sudin dengan Mat Akil , Encik Muhammmad dengan Tauke Chan , Lebai Maarup dengan Mat Akil dan bebarapa watak lain.
Konflik antara manusia dengan Tuhan contohnya Ketaatan Encik Muhammad pada ajaran islam tetapi tidak mahu menerima cadangan Lebai Maarup mewakafkan tanahnya ke jalan Allah.

6 comments:

masMZ KaKiJaLaN said...

ermmmm... mcam pernah baca gak dulu...

Salam Hang Nadim :)

hang nadim said...

masMZ...ermmm waalaikumsalam, berjalan ke mana ?

masMZ KaKiJaLaN said...

Ada, Hang Nadim ;)

hang nadim said...

ohhhh dasyat laa hang masuk acara berenang, berlari tuu

masMZ said...

Takde lar Hang Nadim, tu cuba2 jer. Suka2 sementara ada peluang. Lama xsmbang eh?! Projek kt pulau da abes ke?

hang nadim said...

fit laa hang, aku belum sampai ke laut dah pengsan kot..Projek Bos scuba dive kat sana.