Saturday, May 15, 2010

Sebuah Filem paling Best dlm Eranyer


Aku rasa dan tak silap aku ada 3 filem menggunakan judul Hari ESOK.
Menanti Hari Esok (1977)
Tiada Esok Bagimu (1979)
Esok Masih Ada (1980), Kesemua filem ini mencatatkan keuntungan yang besar dan berjaya menggondol belbagai anugerah pada era itu. Kadang-kadang filem ini masih lagi ditayangkan di TV. Cerita filem ini semua diarahkan oleh Jins Shamsuddin dan Hero pun dia jugak kot. Tidak salah aku, ada satu filem ni yang mana satu tak pasti memaparkan seorang budak kecik yang genius, yang sekarang mungkin umurnyer dah 40an lebih kot, budak tuu pada tahun itu sungguh terkenal kerana selalu masuk dalam surat khabar tempatan kerana umurnya 5 atau 6 tahun telah petah membaca. Itulah satu sebab Datuk Jins mengambil dia menjadi seorang pelakon. Mengikut cerita Pro DiRaja Engku Aziz pernah mengambilnye menjadi anak angkat ketika beliau disekolah Menengah. Tapi nasib tak menyebelahinyer.. beberapa tahun lepas ceritanyer pernah timbul yang sekarang mencari rezeki sebagai penebar Roti Canai disebuah Daerah diKedah, pernah ditangkap kerana terlibat dalam kes Ganja, Memang sayang betul laa.

No comments: