Thursday, June 24, 2010

Aku ingat Dah Nak jadi...rupenye hampeh...

waduh-waduh
Sebenarnya lama aku tak menulis sendiri ni, selalunyer aku ambik ideal atau certa dalam suratkabar jerr...tapi hari ni sebab menemankan bos kat kedai mamak ni sambil tengok bola kesudahan...bekas penjajah tanah melayu Jepun menang 3-1 lawan Demmark. Aku certa la sikit lebih kurang kat dalam ni. Baru-baru ni dalam 3 bulan lepas la,(seorang yg aku penah kenal lama dulu2) entah macamner aku telah menjadi angau dengan seseorang, aku ingat semuanyer indah, aku pun ingat nak tutup buku. Maksud aku aku nak kawen laa .Bos pun nak sponsor lebih kurang...Ape nak tulis ni sila.. RUPA-RUPAnya tinggal angan-angan, entah apa la pulak tiba2 SI Dia tel tak angkat, mesej tak jawab...mengung betul, hari tu bukan maen lagi...subuh2 nak mesej aku, Aku ni laa jenis species yang cepat mengalah, kalau mesej berpuluh tak menjawab tandanyer memang laa taknak lagi, walaupun hari2 aku menjengok ke laman Fesbooknyer.Sebenarnyer aku layan fesbook tu dulu sbb dia la..Skrg blog pun dah terabai. Hero sekarang ni kira tengah frust la, mana tak frust aku beri hint dah kat orang tua aku..salah aku jugak kot..lantaklah. APa-ape pun mungkin ini ade hikmah dan pengajarannyer. Sebagai Hero dalam certa ni..hero tak bole putus asa. Kalau Si Dia nak baca certa ni baca laa...ermmmm aku rasa ada bagi alamat blog ni dulu. Mengantuk laa pulak bila bos nak balek ni dah pukul 4.30 pagi..aku igt baru pukul 3

No comments: