Wednesday, August 4, 2010

Apabila tiba Pilihanraya..maka mereka ni pun datang lah

Semasa pilihanraya yang lepas, aku ada dikampung selepas empayar aku di KL kecundang tapi 6 bulan kemudian aku kembali ke KL. Tak salah aku sebelum tu nama2 calon2 belum lagi diumumkan. So sebelum tuu barulah muka-muka yang tk pernah dilihat kembali semula kononnye untuk melobi dan mengambil hati orang kampung. Maka pelbagailah program-program dijalankan kat kampung aku dan sekitar-sekitar ni. Satu petang ni kira-kira sebulan lebih lagi, pilihanraya nak dijalankan diadakanlah masyuarat kat dewan dikampung aku tu, ada laa buat makan-makan..mee kari kot dan kueh mueh. Ermmm maka datanglaa Datuk(the former YB laah) bersama askar2 atau barua-barua datang turut sama mewarnai masyuarat dipetang yang indah tu. Paling best dalam bad ni ialah dalam sesi soal jawab dengan penduduk kampung. Aku yang pertama kali hadir ni kagum laa jugak laa dengan soalan dan permintaan orang kampung kepada YB, maka bertunkus lumuslah penasihat YB berjanji dan akan memenuhi segala permintaan orang kampung. Tapi diorang ni memang pandai berjanji tapi haram jadah ponya janji, aku rasa tiada satu pun kemajuan yang ada kat kampung ni, yang belukar depan jalan rumah aku tuu pun tak terbuat. Habis mesyuarat orang kampung pun diberilah gula-gula, beras sekampit, dalam plastik ada kopi, ada gula, ada susu, (itupun ada laa malaun mana yang sponsor)> Setiap kali pilihanraya macam ni lah. Kampung lain dah beberapa kali diturap jalan kampung aku ni macam........ishhhhh sakit hati dengan diorang ni.

6 comments:

Fadhlah said...

dunia politik

hang nadim said...

Fadhlah> hahahaaa biar org kampung aku baca..aku rasa nak balik kg sebelum puasa ni...terima kasih dtg kesini tuan

asbesstos said...

saya wat masa ni memang masih berpihak kepada parti dacing... tapi apa yang saya nak katakan kat sini adalah saya sangat setuju dengan entry abang ni.. bukan tempat abang je.. mana2 kawasan pun macam tu.. bila dah nak pilihan raya.. semua mula aktiv balik.. takut la dapat sepenggal je pegang title YB..

tanggungjawab patutlah laksanakan dengan amanah.. rakyat sekarang pun dah bijak and pandai menilai.. bagi saya apa yang jadi setakat ni adalah satu pengajaran.. dan saya pasti kalau ada pilihanraya buat masa terdekat ni.. dacing akan kecundang lagi.. tak banyak pun mesti ada sikit lagi kurang.. yang penting, parti yang ditakluk bangsa cina tetap xkan dapat kita ambil semula..

amboi.. hebatnya aku tulis panjang2.. hahaha

hang nadim said...

abesstos> panjang lebar ko tulis yer..dulu bila perak kena takluk semua org gelabah..tapi itu semua salah siapa? salah diaorang gak ...makan tak Ingat

blueCITY® said...

salam,

hang, malas lah nak tulis pasal org2 poltik ni, kan panjang lebo pulak wat sakit hati jerk, ekekeek.. mana nak cari mb seperti tok guru kan kan, heheheh...

selamat menyamut ramadhan almubarak, semoga ramadhan tahun ini lebih baik dari tahun2 lepas. amin
maafkan salah silap ku...

hang nadim said...

biru> Nanti ajak laa saya berbuka puasa sekali yer..kat sebelah sana byk tempat menarik kan..thn ni jgn lupa htr kad raya skali lagi hehehe