Tuesday, August 10, 2010

Pasar Ramadhan di Singapore Lagi hebat

SUASANA menyambut bulan Ramadan lebih terasa di Singapura jika dibandingkan dengan mana mana negeri pun di Malaysia, sama ada oleh rakyatnya sendiri terutama orang Islam atau oleh pelancong.

Sepanjang Jalan Geylang Serai yang masih menjadi pemusatan kediaman orang Melayu telah dihiasi dengan gerbang lampu berwarna-warni yang indah yang di kiri-kanannya telah disediakan dengan berbagai gerai jualan makanan, pakaian dan lain-lain keperluan untuk berbuka puasa dan hari raya.

Tapak Pasar Ramadan yang disediakan lebih teratur, lebih kemas dan bersih dari Pasar Ramadan yang kita dapat saksikan di Jalan Melayu atau kawasan Masjid India dan Kampung Baharu dan Taman Melawati, Kuala Lumpur yang menjadi tumpuan ribuan manusia setiap bulan puasa.

Bagaimanapun persekitaran di semua kawasan Pasar Ramadan yang popular di negara ini tidak memberikan suasana yang memberikan kebesaran, keceriaan, kesyahduan dan keindahan bulan puasa, tiada usaha untuk mengindahkan suasananya.

Apa yang kita dapat saksikan di sini pada setiap tahun ialah ribuan pengunjung yang datang membeli belah dalam suasana yang tidak selesa malah menyesakkan nafas di samping amat kurang dari segi kebersihan. Jika Jalan Geylang Serai boleh dihiasi dan dikemaskan untuk Pasar Ramadan, kenapa jalan tertentu atau Pasar Ramadan kita tidak boleh mewujudkan suasana yang sama atau lebih baik sedangkan negara ini negara Islam.

Tidaklah dapat dinafikan bahawa pemikiran perdagangan dan orientasi perniagaan kerajaan Singapura telah menyebabkan mereka lebih komited, kreatif dan inovatif dalam mengambil kesempatan dari apa juga perayaan bagi mendatangkan wang kepada rakyat dan negara dan juga bagi menjadikan negara mereka sentiasa dinamik dalam keadaan apa pun.

Maklumat yang saya dapati dalam kunjungan singkat menjelang puasa, selain dari penduduk tempatan berbilang kaum yang mengunjungi pasar Ramadan Geylang Serai ialah kehadiran ribuan pelancong dari luar negara untuk melihat suasana Ramadan di Singapura di samping menjamu selera.

Selain dari itu menjadi suatu kemestian bagi orang orang Melayu dari seluruh Singapura untuk berkunjung ke Geylang Serai bagi bertemu mesra sesama orang Islam di samping membeli juadah.

Menjadi seperti sesuatu yang tidak sah bagi orang Melayu Singapura jika tidak ke Geylang Serai di bulan puasa.

Orang Islam Malaysia yang sangat berbangga dengan keIslaman mereka dan kedudukan Malaysia sebagai sebuah negara Islam akan merasa kecil diri apabila berkunjung ke Geylang Serai dan akan tersandar pada realiti bahawa kita lebih banyak sentimen dari praktikal dalam kebanggaan kita.

Suasana di Geylang Serai itu tidak sahaja dirasakan oleh kalangan Melayu tetapi juga diketahui oleh setiap pemandu teksi dan penduduk kaum lain yang akan menceritakan tentang kemeriahannya kepada anda.

Kita tidak seharusnya terus berbangga kosong sebaliknya mengakui hakikat betapa kurangnya daya inisiatif dan inovatif kita terutamanya di pihak kerajaan.

Menteri Wilayah, Menteri Pelancongan dan lain-lainnya patut melawat Singapura di bulan puasa untuk membuat perbandingan dan merasakan hakikat Singapura sebagai Economic Dynamo. Aku cedok artikel ni dari forum dalam utusan dengan izin> Hakikat ni harus diterimalah oleh pemimpin kat Malaysia ni yang cakap sahaja lebih tapi hampeh...begitu juga mereka dipertanggunjawab banyak tidor banyak enjoy sahaja..Betul tak kawan-kawan..?

5 comments:

blueCITY® said...

salam,

saya setuju secara dasarnya , melayu islam singapura lebih menjaga kebersihan dan lebih prektikal, lebih meriah dalam menguruskan bazar ramadhan mungkin .
tapi dari sudut lain jangan sampai tujuan dan niat sudah tersasar, begitu juga bazar di malaysia, sudahlah semua tak terjaga niat pun sama, jangan sampai tersasar.

kerana seperti yg kita tahu islam mencegah pembaziran, apa lagi dibulan mulia ini. islam mencegah pergaulan bebas apa lagi dgn berbagai ragam anak muda yg pergi ke pasar ini dgn pakaian yg masih ramai tidak menutup aurat. dan berbagai2 lagi kesan dan akibat -ve. seperti hadis yang pernah saya baca, pasar adalah tempat jin2 @ syaitan mencacakkan bendera2nya. oleh itu hendaklah kamu masuk dgn langkah kaki kiri. jangan lah kamu menjadi org yg pertama masuk ke pasar dan menjadi org yg terakhir keluar dari pasar..

tapi bukan semuanya tersasar niatnya. semoga kita brada di jalan yg lurus dan bukan dijalan org2 yg sesat. amin

ps:
jom buka poser kat tupai2 bangi. lalala...

blueCITY® said...

info:
pasar yg dimaksudkan meliputi semua pasar basah, supermarket2, pasar malam, bazar dll.

wallahualam...

hang nadim said...

Biru>Hari esok kita berpuasa
Setahun sekali hanya sebulan
Sempatkah kita menyempurnakan
Hingga sampai ke penghujungnya

panjang tuu...bagus sekali kedetailannyer tuu terima kasih..

cik jijah said...

selamat berpuasa hang nadim :)

hang nadim said...

cik jijah> selamat berpuasa juge untuk cikgu dan sekeluarga, raya tahun ni sempat la naik rumah baru tu