Wednesday, December 8, 2010

Komunis jalan-jalan dikampung, satu ketika dulu

Cerita ni aku dengar dari orang-orang lama dekat kampung aku. Zaman ni dalam tahun 50an, zaman ni memang komunis bermaharajelala. Memang dlm sejarah pun setelah Jepun mnyerah kalah komunis menguasai tanah melayu selama beberapa hari sebelum kedatangan pihak inggeris. Cuma dalam cerita ni aku ke depan sikit, pihak Inggeris dh datang dan sebuah kem yang besar siap ada lapangan terbang ada kat sebelah sg.kenayat.(betul ke ade airport kt kg aku dulu ni) aku tk pasti sebelum Jepun masuk ke? Atau lepas tu? Aku diberitau pihak komunis selalu mnyerang hendap kadang dibakarnye Bas, tapi org kampung tak dikacau....pembetulan bas ade sebiji tuu saja tau. Orang tua yang certa kisah ni pun masih kecik lagi...hahaha..katanya baya anak sedara aku lagi. Katanya suasana malam tuu sungguh gelap, tibaa2 ada seseorang dtg ke rumah beritau..dan berbisik. Ketika itu hanya beberapa org sahaja ponyai snapang patah. Rupanyaa beberapa kelibat komunis kelihatan ditebeng sungai(sg blkag rumah aku tu dulu....tinggi, ikan punya laa banyak, skrang ni ade la ikan beras besar jari tu). Yang berbisik tu bukannya orang biasa, darah panglima... Seperti digambarkan seperti filem 'Semerah Padi' tiba-tiba kaloq diketuk., jadi semua orang berhimpunlah dirumah tok ketua, lampu pelita semua padam...zikir pun dimulakan la. Zikir ni bukan sebarang zikir beb, nii zikir nak standby kalau ape terjadi..zikir taklah kuat hanya badan yang bergerak kot. Sebab tuu pada masa tu ada mandi minyak.. Tiba-tiba kedebummm.... Pihak askar mat salleh ni bedil mortar, askar mat salleh ni sebenarnya pun penakut jugak, diorang hentam sajer......meniarap laa semua org kampung bila dengar bunyi bedilan ni. Jap....pkena kopi 'O' dulu.Sebenarnya aku lupe la cerita ni...jangan marah tau.

No comments: