Saturday, June 13, 2009

Kenduri Di Petang Hari

Gambar hiasan
Dikampung aku Kampung Tanjung Kasau dan kampung sekitarnya tradisi kenduri untuk doa selamat atau kenduri kerana berniat sesuatu masih lagi diamalkan. Kalau musim durian kenduri kamir bersama pulut durian atau doa selamat mestilah dulu dibuat sebelum kita dapat menikmati buah durian tu. Kenduri doa selamat ni menu agak ringkas sahaja cuma pulut biasa, sambal ikan bilis, ikan kedara dan ditabur nyior kat atas pulut tadi. Menu untuk kenduri kamir polak, pulut biasa, santan, durian dan ada jugak disediakan sambal ikan bilis dan Pengat durian. Cara nak makan kamir ni buah durian hendaklah digaul dengan pulut ditabur santan sedikit gula dan digaul bersama-sama. kemudian makan selamba macam tu sahaja. Jikalalau ada niat yang PANJANG sikit, ada la pulut kuning dengan Ayam Panggang, pisang emas dan lain-lain. Kenduri ni biasanya dibuat petang hari, agaknya selepas waktu Asar dan cuma dihadiri oleh kariah surau dan saudara terdekat, almaklum la kecil-kecilan. Tapi kenkadang ada jugak menu tambahan macam meehoom goreng tetapi pulut dan ikan kedara jugak menjadi pilihan. dan diperkasakan dengan kopi 'o' kapung atau tea 'o'.

No comments: