Tuesday, June 9, 2009

Masjid al-ahmadiah kampung kenayat


Pada hari ini aku nak kisahkan masjid ditempat aku ni, nama masjid ini masjid al-ahmadiah terletak dikampung kenayat. Tapi sebenarnya kampung kenayat ni cuma 500m dari kampung tanjung kasau jer, masjid ini aku rasa telah berada di situ sejak tahun 50an lagi, mengikut cerita yang aku dengar tanah masjid ni telah di wakafkan oleh seorang peneroka asal kampung kenayat yang dikenali Tok Nebang .Pada tahun 2003 masjid telah didirikan semula dengan wajah yang baru hasil sumbangan seorang tokoh korporat dari Kuala lumpur. Namun kegagalan kontraktor yang bertanggunjawab telah menyebabkan masjid ni telah terbengkalai selama 2 tahun. Namun beberapa tahun lepas masjid ni gah dan siap sepenuhnya dan menjadi tumpuan jemaah dari kampung kenayat dan tanjung kasau, tapak asal masjid dengan kubah asal boleh dilihat didepan masjid. Di sebabkan masjid ni betul-betul berada di tepi jalan persekutuan, masjid ni menjadi tumpuan dari pengembara dari pelbagai pelusuk. Dari pengetahuan saya masjid ni telah didermakan tan sri shamsuddin kadir atas nama allahyarhamah isterinya puan sri sapura. Dari sumber yang aku selidiki Tan Sri shamsuddin kadir ialah bekas ketua pengarah telekom sebelum di swastakan, selepas beliau bersara dengan rakan baiknya Datuk Rameli musa pengasas ingress (merupakan penyokong kuat anuar ibrahim satu ketika dulu). Mereka menjadikan sapura sebuah syarikat telekomunikasi yang disegani dan menjadi vendor kepada syarikat besar. Bidang spare parts, pengangkutan, teknologi maklumat kepada kementerian pertahanan merupakan bidang mereka. Kini Tan sri telah bersara diambil alih oleh anaknya datuk shahrir shamsuddin. Sapura juga telah di anugerahkan lesen telepon cellular 017 dan menopoli telepon awam dengan jenama Uniphone pada satu ketika dulu. Ketika penstrukturan Renong mengambialih uniphone dan 017, Sapura mendapat sejumlah tunai yang besar. Dan ketika Renong hampir muflis sapura telah membeli unit oil and gasnya CREST dan diberi nama Sapuracreast Petroleum dan kini menjadi pemain besar dalam bidang minyak dan gas di malaysia. Tan Sri shamsuddin kadir telah berkahwin kali kedua beberapa tahun lepas dengan seorang wanita dari Iran yang cantik dan merupakan seorang eksekutif kanan. Kekayaan tan sri sukar aku gambarkan, dipercayai beliau juga mempuyai sebuah kapal layar di beri nama AL-Khaliq yang berharga puluhan juta. ohhh kaya kaya....terima kasih tan sri.

No comments: