Monday, July 27, 2009

Misteri: 'Isteri' balik rumah

Gambar HANTU
SEJAK sekian lama, cerita misteri terutama membabitkan makhluk halus dan kehidupan orang Melayu seakan tidak boleh dipisahkan. Cerita sama tetap berupaya menarik perhatian walau diulang berkali-kali dengan sedikit tokok tambah.

Makhluk halus memang ada dan kewujudannya diterangkan dengan jelas dalam al-Quran. Ia memang diketahui tetapi apa yang menjadikan kewujudannya tidak disenangi ialah cara ia memberitahu kehadirannya melalui gangguan, usikan atau jelmaan yang menakutkan.
Manusia dan makhluk halus juga tidak boleh menjadi kawan dan jika ada yang melanggar hukum itu, akibatnya akan membinasakan diri.

Cerita ini pernah menggemparkan sebuah kampung yang terletak berhampiran Bukit Merah di Perak. Lelaki yang memperkenalkan dirinya sebagai Ahmad Syakir, 29, memberitahu tidak lama dulu dia dan isteri serta anak perempuannya yang dalam perjalanan pulang ke rumah mentua agak kehairanan mendapati pondok kecil di simpang masuk kampung isterinya lengang, sedangkan waktu baru menjangkau jam 8 malam.

“Saya memandu dengan perlahan dan berhati-hati kerana jalan masuk ke kampung isteri yang terletak agak jauh dari jalan besar, sempit dan tidak rata. Di kirinya pula ada tali air. Tanda tanya mengapa tiada anak muda melepak di pondok itu hilang begitu saja.

“Saya tidak pula berasa cuak dengan keadaan sunyi sepi dan gelap di kiri kanan jalan. Mungkin sebab sudah biasa berdepan dengan gangguan makhluk halus. Malah sepanjang perjalanan ia langsung tidak terlintas di ingatan,” katanya.

Sesampai di laman rumah mentuanya, Syakir turun mendukung anak perempuannya, manakala isteri mengangkat beg baju. Kehairanan sekali lagi timbul apabila ibu mentuanya segera keluar menyambar cucu lantas dibawa masuk dalam rumah dengan tergesa-gesa.

Syakir yang ingin mengambil angin malam duduk di atas pelantar di depan rumah tertanya-tanya dengan ajakan ibu mentuanya yang bersungguh-sungguh mahu dia masuk ke dalam dengan segera.

“Saya berasa berasa pelik sangat perangai ibu mentua. Dia seolah-olah bersembunyi di belakang pintu sambil menggamit saya supaya segera masuk ke rumah. Sebaik melangkah masuk, dia cepat-cepat menutup pintu. Gayanya macam ingin menghalang benda lain masuk.

“Selepas itu, barulah saya tahu cerita sebenar di sebalik tindak tanduk ibu mentua saya. Ia juga menjadi sebab mengapa pondok di simpang sunyi sepi. Rupa-rupanya, penduduk kampung dilanda ketakutan apabila seorang wanita warga emas yang baru dikebumikan tiga hari lalu dilihat merayau-rayau,” katanya.

Kejadian mula disedari suami wanita berkenaan sendiri yang terperanjat besar mendapati makanan sudah sedia terhidang di atas meja apabila dia pulang bekerja. Bunyi seperti orang sedang mandi dalam bilik air tambah menghairankannya.

Dia yang pada awalnya menyangka rumah diceroboh masuk, terus kaku dan membuka langkah seribu apabila melihat tubuh yang melangkah keluar dari bilik air ialah isterinya yang baru dikebumikan. Sejak itu, si suami tidak berani tidur di rumahnya dan sebaik malam menjelma, dia akan menumpang tidur di rumah saudara mara atau jiran.

“Ibu mentua saya memberitahu jelmaan itu juga mula mengganggu orang kampung, merayau-rayau mengetuk pintu rumah penduduk. Dia bersyukur kerana kejadian menyeramkan itu tidak berlaku kepadanya tetapi di kalangan jiran ada yang pengsan apabila mendapati tiba-tiba wanita itu berada di dapur mereka.

“Bagaimanapun, keadaan kini sudah pulih seperti biasa dan pondok di simpang sudah kembali riuh,” katanya.

Sebagai umat Islam, kita dilarang sama sekali bersahabat dengan makhluk halus apatah lagi membelanya untuk kepentingan diri. Jika difikirkan secara logik, apa faedahnya berkawan dengan jin atau syaitan yang sudah sah akan ke neraka juga kesudahannya.


11 comments:

gjiEsaLim said...

kisah bena ke bro?

cikgu liza said...

one of my colleague baru je kena mcm nih.. realll.. nanti saya update dlm blog saya..

hang nadim said...

gjiEsaLim> Mungkin Benar mungkin tidak.. jap aku nak Pantun..... ANAK AYAM TINGGAL SEPULUH
MAti SEekor TINGGAL SEMbilAN
BANGUN PAGI SEMBAHYANG SUBUH
JGN DOK PERCAYA gjiEsalim itu
HANYA MAinan syaitan
cikgu>CIkgu liza..betulke ?

Abg Din said...

mambang segala mambang....

hang nadim said...

abg Din usahawan berjaya, kalau pergi Gerik jgn lupa snap gambar yerr..

cik amy said...

salam hang nadim..

terima kasih singgah dan bagi komen di blog saya yang tak seberapa ini..

yoro okino said...

den xmasuk dah blog nie mlm2..
huhuhuhu...

asbesstos said...

hahahaha...tul2..nasib masa baca ni dah subuh2 hari..ni kejadian yang berlaku pada abg eh? hurm...memang seram jugak tue... bang...wat la entry fasal mistik2 lagi...hehehe

hang nadim said...

cik amy>hang nadim akan singgah selalu
yoro okino>awat lagu tuuu, masuk pe pagi la polak
asbesstos>aku pung seram jugak bila baca balik artikel ni

sayang said...

pic tu btul2 ke? scary jer..

hang nadim said...

sayang>sebenarnya hang nadim cilok gambar dari blog budak indon..